...
...
...

Penangan PKP Buat Ibu Kepada Dua Anak OKU Ini Buntu Teruskan Hidup

RM 478 of RM 6,000
Open Campaign
32+
Total Backers
RM 478
Total Collected
Intan

Assalamualaikum wbt,

Saya ibu kepada Muhammad hairie haikal bin Muhammad aziz memohon bantuan sumbangan untuk anak OKU saya.

hairie sentiasa kerap ke hospital sebulan 4 kali. Banyak kos yang Diperlukan Seperti Susu Dan Pempers Bergantung Seumur Hidup. Rawatan Fisio Dan Terapi Seumur Hidup. Dan Untuk Beli Alat Sokongan.

Hairie ada 4 orang adik beradik. Hairie adalah anak yang ke 4. Hairie juga ada kakak yg autisme oku. Kakak sulong dan abangnya yang nombor 2 normal.

Saya memohon bantuan ini kepada sesiapa yang ikhlas ingin membantu dan menderma agar dapat meringankan beban kami sekeluarga. Semoga Allah swt membalas jasa kalian semua.

Terima kasih.


Penangan PKP Buat Ibu Kepada Dua Anak OKU Ini Buntu Teruskan Hidup


MUSIBAH penularan wabak Covid-19 yang masih melanda dunia bukan sahaja menjejaskan ekonomi bahkan ramai yang kehilangan kerja.

Ramai yang mengeluh apabila kerja baharu yang diperoleh tidak dapat diteruskan gara-gara penutupan operasi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi membendung penularan wabak virus korona itu di dalam negara.

Tidak kurang juga keluarga yang terputus punca rezeki selepas si suami tidak dapat bekerja kerana penutupan operasi selama 14 hari.

Lagi sedih, jika mereka yang bergantung hidup dengan upah harian seperti di kedai makan dan tapak projek pembinaan.

Keadaan itu turut menyebabkan seorang suri rumah berdepan depresi apabila tertekan dengan kesempitan hidup bagi menampung hidup empat anaknya yang mana dua daripadanya kelainan upaya (OKU).

Intan Mazura Nordin ketika dihubungi SinarPlus mengakui, keluarganya pernah terputus bekalan makanan disebabkan kekangan kewangan memandangkan hanya suaminya sahaja yang bekerja.

“Saya suri rumah dan menjaga dua anak OKU. Dua lagi masih bersekolah. Saya memang tidak boleh bekerja kerana menguruskan dua anak yang memerlukan perhatian.

“Suami pun kerja tidak menentu dan bergantung kepada upah memandu jentera berat. Sekarang ini, musim Covid-19 memang kerja tak banyaklah dan terpaksa duduk di rumah,” luahnya tanpa berselindung.

SinarPlus difahamkan, anak bongsu pasangan itu, Muhammad Khairi Haikal Mohd Azizi, 12, disahkan mengalami masalah saraf dan dilahirkan tidak cukup bulan.

Pernah menjalani dua kali pembedahan di bahagian kaki dan bergantung dengan ubat asma dan sawan.


Anak ketiga, Nurrul Aleaya Aqiela Mohd Azizi, 13, pula disahkan autisme dan bergantung kepada ubat bagi mengawal emosi yang sering tidak stabil.

Dua lagi anaknya iaitu yang sulung, Nurrul Aqirah Mohd Azizi, 17, dan kedua, Muhammad Haris Haikal Mohd Azizi, 15, dilahirkan normal.

Wanita yang berusia 39 tahun itu turut memohon sumbangan orang ramai bagi membantu meringankan beban yang ditanggung lebih-lebih lagi mereka berdepan dengan tunggakan bayaran sewa rumah.


Tuturnya, duit yang ada digunakan untuk membeli keperluan makanan dan ubat-ubatan anak selain kos ulang alik ke hospital setiap tiga bulan untuk si bongsu.

“Kadang-kadang duit cukup-cukup untuk beli telur buat makan anak-anak. Nasib baiklah anak-anak memahami dan boleh makan dengan budu. Susah hati bila fikir terputus bekalan makanan.

“Nak bayar sewa rumah pun tertangguh. Kalau ada orang sudi tolong, syukur alhamdulillah,” ujarnya yang menetap di Gemas, Negeri Sembilan.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, bolehlah menyalurkan dana kewangan terus ke akaun Maybank 155078501263 atas nama Intan Mazura Nordin.

1 day ago
RM 20
Anonymous
2 days ago
RM 10
Anonymous
5 days ago
RM 20
User - Noraini Abdul Rahman
6 days ago
RM 3
Anonymous
6 days ago
RM 5
Anonymous