Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kami dari Tim JomDonate.Com akan mengadakan Kempen “Pek Infaq Ramadhan” untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin dan juga anak – anak yatim dari segi keperluan barangan asas untuk meneruskan kehidupan tanpa perlu berlapar. Program ini akan berlangsung bermula pada Bulan Ramadhan dan akan dilakukan di Kawasan Selangor. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan memberi keperluan asas antaranya keperluan makanan kepada yang memerlukan.
Antara objektif kami adalah untuk mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan yang tinggal di bandar-bandar. Barang-barang akan dibeli di kedai runcit untuk membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Pihak kami juga turut ingin memberi bantuan ke Masjid, Surau dan rumah anak-anak yatim dari segi keperluan harian mereka. Ini adalah kempen pertama yang kami lancarkan di JomDonate.Com dan kami sangat berterima kasih kepada anda semua yang akan memberikan sumbangan kepada program kami. Kami dari pihak JomDonate.Com ingin menjadi sebuah platform bagi orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
untuk program “Pek Infaq Ramadhan” kali ini kami mensasarkan sebanyak 250 keluarga, ibu tunggal dan anak yatim yang memerlukan. Fokus utama kami adalah golongan ibu-ibu tunggal dan juga mereka yg telah lanjut usia namun masih ada tanggungan yang banyak. Golongan fakir miskin, ibu tunggal, dan anak yatim ini adalah golongan yang telah memohon bantuan tetapi tidak diluluskan kerana sebab seperti gaji kasar suami atau gaji kedua-dua pasangan melebihi kadar asnaf namun mereka perlu menanggung hutang yang banyak.
Saya berharap agar lebih ramai lagi
rakyat Malaysia yang dapat membantu usaha program ini bagi meringankan beban
mereka yang memerlukan. Segala sumbangan saya ucapkan jutaan terima kasih dan
semoga anda diberi kesenangan dalam setiap usaha yang telah dicurahkan.
Ini adalah ilustrasi pek cadangan yang akan diagihkan
Butiran pecahan kos:
1) Sumbangan 1 (RM50)
JUMLAH: RM 50.00 (seorang) x 100 (pax) = RM5,000.00
(Anggaran RM40-RM50 bergantung kepada kedai runcit.)
JUMLAH: RM50 (1 keluarga) x 100 keluarga =RM5,000.00
2.) Sumbangan 2 (RM100)
JUMLAH: RM 100.00 (seorang) x 100 (pax) = RM10,000.00
(Anggaran RM80-RM100 bergantung kepada kedai runcit.)
JUMLAH: RM100 (1 keluarga) x 100 keluarga = RM10,000.00
3.) Sumbangan 3 (RM150)
JUMLAH: RM 150.00 (seorang) x 100 (pax) = RM15,000.00
(Anggaran RM120-RM150 bergantung kepada kedai runcit)
JUMLAH: RM150 (1 keluarga) x 50 keluarga =RM7,500.00
===========================
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,sila hubungi nombor
berikut :
============================
📱011-16474788
(Admin
JomDonate.Com -Amirah-)
============================
Salurkan
sumbangan anda melalui:
============================
📌
https://toyyibpay.com/Kempen-Pek-Infaq-Ramadhan-2021
https://toyyibpay.com/Kempen-Pek-Infaq-Ramadhan-2021
https://toyyibpay.com/Kempen-Pek-Infaq-Ramadhan-2021
============================
Layari website
kami di:
============================
🌐