RINTIHAN ANAK SYURGA
merupakan tema yang dipilih bagi projek WE ARE FOR YOU (WeR4U) pada sesi kali
ini. Untuk pengetahuan semua, projek WeR4U ini adalah di bawah kelolaan
Jawatankuasa Kerja Perkembangan Akademik dan Intelektual (ADIN) Kolej Tun Syed
Zahiruddin, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada setiap tahun, tema yang dibawakan
adalah berlainan, jadi selaras dengan tema, projek WeR4U pada sesi kali ini
memberikan fokus kepada kebajikan anak-anak yang kurang bernasib baik serta
kurang mendapat perhatian masyarakat.
Objektif utama kempen ini
diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi tujuan pemberian barangan kemudahan
asas seperti periuk nasi, mesin pengisar dan kipas. Dana yang dikumpulkan akan
disalurkan kepada rumah anak yatim yang terlibat iaitu Rumah Anak Yatim Baitul
Fitrah bagi meringankan bebanan perbelanjaan serta kewangan.
Keadaan rumah anak yatim
ini amatlah menyayat hati apabila mereka terpaksa tidur dalam keadaan basah
apabila hujan lebat kerana atap rumah tersebut bocor. Di samping itu anak-anak
syurga ini juga tidak dapat tidur dengan selesa kerana terdapat gangguan haiwan
perosak seperti tikus dan semut. Selain itu, haiwan perosak ini juga telah
menyebabkan kerosakan pada barangan bantuan yang telah disalurkan seperti
lampin kanak-kanak. Lebih meruntun jiwa apabila salah seorang daripada penghuni
rumah anak yatim ini ialah Orang Kelainan Upaya (OKU). Anak yatim itu merupakan
pesakit Cerebral Palsy di mana penglihatan dan pergerakannya terkesan dan masih
memerlukan rawatan di hospital kerajaan.
Oleh itu, dengan adanya
kempen ini, kami berharap agar dana yang dikumpulkan ini mampu untuk menambah
baik fasiliti serta keadaan rumah anak yatim itu dan juga meringankan bebanan
kewangan untuk rawatan anak yatim yang menghidapi Cerebal Palsy.
Ikuti perkembangan projek
Wer4U ini di laman sosial seperti berikut:
Facebook- https://www.facebook.com/wer4u.ras/?ti=as
Instagram-
https://instagram.com/wer4u.ras_kk9?igshid=17shhl9qrgxc9