Surau Al-Ikhlas Alam Suria berada di dalam Kariah Alam Suria, Bandar Puncak Alam, Selangor D.E. Struktur binaan sedia ada yang berstatus bangunan surau sementara telah mula dibina secara gotong royong oleh penduduk setempat pada tahun 2001 dengan perancangan untuk membangunkan surau yang kekal bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat pada masa hadapan.
Sehingga kini surau ini aktif dlm pengimarahan aktiviti-aktivit kerohanian dan kemasyarakatan seperti solat berjemaah, kuliah-kuliah pengajian dan sambutan-sambutan hari kebesaran Islam.
Kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk khususnya di Taman Alam Suria dan Puncak Alam amnya telah mempercepatkan rancangan pembangunan Surau Al-Ikhlas. Pihak Surau Al-Ikhlas telah membentuk Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Ikhlas bagi merancang dan mengelolakan pembinaan bangunan yg baru di tapak surau sementara ini. Justeru pihak surau mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menyalurkan sumbangan ke tabung projek pembinaan Surau Al-Ikhlas dimana anggaran kewangan yang diperlukan ketika ini berjumlah RM1.5Juta