...

SUMBANGAN AKTIVITI ROYAL QURAN HOURS

RM 131 of RM 1,000
18961 Days
17+
Total Backers
RM 131
Total Collected
ROYAL QURAN

Program Royal Quran Hours merupakan sebuah program yang julung kalinya dilaksanakan oleh projek Royal Quran Hours, Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya. Memandangkan projek kami ini memfokuskan kepada pengajian Al-Quran dan fardu ‘Ain di rumah anak-anak yatim, maka dengan melihat suasana pandemik covid ini, kami mengambil langkah selamat untuk tidak melakukan pengajian di mana-mana rumah anak yatim secara bersemuka dan menggantikannya dengan melaksanakan program-program seperti :

1. Bengkel taranum

2. Kuiz bulanan

3. Perkongsian ilmu mingguan

4. Kelas al-Quran mingguan

5. Program waqaf Iqraa’

6. Tadarus al-Quran

7. Ceramah bulanan tentang al-Quran

Oleh yang demikian, kami memohon sedikit sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk sama-sama kita menjayakan program ini dan membantu mahasiswa/i mengembangkan potensi bagi mengasah softskill yang membolehkan mahasiswa/i ini menyiapkan diri mereka berkecimpung dalam dunia sebenar selepas bergraduasi.

16 hours ago
RM 5
Anonymous
1 day ago
RM 5
Anonymous
1 day ago
RM 5
Anonymous
2 days ago
RM 10
User - Fatin Atira binti Jamalludin
1 week ago
RM 10
Anonymous