Assalamualaikum wbt
Kepada semua muslimin dan muslimat yang budiman, Ajk Surau Taman
Desa Melati memohon sumbangan ikhlas daripada Tuan/Puan, Saudara dan Saudari sekalian
untuk sama - sama membantu pembinaan Surau Taman Desa Melati, Nilai, Negeri
Sembilan. Hal ini kerana pendudukan kawasan setempat tidak pernah ada surau
dikawasan tersebut dan di sebabkan perkara ini penduduk kawasan tersebut terpaksa
pergi ke luar kawasan untuk menunaikan ibadah solat.
Untuk makluman, pihak Surau Taman Desa Melati sudah lama
bercadang untuk menyiapkan sebuah surau bagi kegunaan masyarakat setempat untuk
kegunaan harian. Semenjak dekad yang lalu, kawasan ini sangat susah untuk pembinaan
surau kerana terlalu ramai penduduk bangsa Cina dan India. Kini, alhamdulillah Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah memberikan kelulusan
untuk pembinaan surau ini yang tertangguh setelah sekian lamanya.
Bagi memenuhi keperluan kariah untuk memberi kemudahan
bersolat dan menjalankan semua aktiviti keagamaan, kariah Taman Desa Melati amat
memerlukan sumbangan dari pelbagai pihak sama ada berbentuk wang atau pun
barangan yang hendak di wakafkan di surau tersebut.
Kutipan setakat ini adalah sebanyak RM600k yang terkumpul. Jumlah
wang yang kami masih perlukan adalah sebanyak RM1.2 Juta untuk menyiapkan
projek ini. Kami mohon kepada semua penderma agar dapat membantu kami untuk menjalankan projek pembinaan surau ini. Sumbangan berbentuk wang atau bahan binaan amatlah dialu-alukan dari
pihak tuan/puan.
Baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda yang maksudnya :
‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina
baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” (Hadith riwayat Muslim).
Manakala dalam menjelaskan maksud perkataan dalam ungkapan
menurut Imam al-Nawawi bahawa maksud :-
Rumah yang dikurniakan Allah (sebagai ganjaran membina
masjid) itu lebih istimewa dari rumah-rumah lain yang ada di syurga.
Perbandingan antara keduanya adalah seperti kelebihan masjid ke atas rumah biasa
di dunia ini.
Dari kandungan hadith yang dibawakan tadi, jelas kepada
kita bahawa Allah menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada orang-orang
yang membina masjid, iaitu membina untuk mereka rumah di syurga. Ganjaran
tersebut sekali gus sebagai jaminan bagi mereka untuk memasuki syurga. Dengan
syarat semua itu dilakukan dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah
jua.
Oleh itu, marilah kita sama - sama menyumbang dan berwakaf supaya umat Islam dapat menjalankan perintah Allah dengan memindahkan sebahagian kecil harta kesayangannya itu kepada orang lain. Bagi para penderma boleh membuat sumbangan melalui link di bawah atau terus ke pautan website kami bagi membantu AJK Pembinaan Surau untuk mendirikan sebuah surau baru.
Nama : Surau Taman Desa Melati, Nilai, Negeri Sembilan.
Alamat Surau : Surau Taman Desa Melati, PT 10167, Jalan BBN 11/3A, Taman Desa Melati, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Sasaran : 1.2 Juta
Whatsapp : 011-16474788
Jazakallah khairan kathira.