RAYUAN WAKAF TUNAI UNTUK BELI KENDERAAN
Tujuan?
PERKIM BTP semakin aktif dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Banyak aktiviti bukan sahaja memerlukan pengorbanan tenaga malah wang ringgit ahli Perkim BTP, juga perlukan kenderaan khususnya untuk mengangkut dan menghantar bantuan kepada yang memerlukan.
Kenapa Kembara?
Buat masa ini kenderaan ini sahaja kami mampu 'maintain' nanti dari segi roadtax dan maintenance. Kami mencari kenderaan yang lasak, boleh digunakan on dan off road! Impian kami adalah memiliki Toyota Hilux atau sejenisnya, namun tiada kemampuan buat masa ini.
Berapa buah diperlukan
Sebuah mencukupi buat masa ini.
Bagaimana nak berwakaf?
Jika anda ada kenderaan jenis ini dalam kondisi terbaik dan ingin mewakafkannya, kami alu-alukan. Atau boleh juga berwakaf secara tunai sahaja, wang terkumpul akan kami beli sebuah Perodua Kembara DVVT (purata harga sekarang adalah RM15,000, all-in).
Kalau nak wakaf tunai ada pelepasan cukai tak?
Ada, semua sumbangan kepada PERKIM layak mendapat pelepasan cukai LHDN. Boleh semak website LHDN.