...

Kos rawatan untuk dyalisis buah pinggang mak mentua

RM 75 of RM 5,000
31 Days
8+
Total Backers
RM 75
Total Collected
Laili bt

Laili Binti Othman, 64 berasal dari Dungun, Terengganu memerlukan bantuan bagi menampung kos dialisis yang perlu dilakukan sebanyak 8 kali setiap bulan.

Beliau juga mempunyai penyakit jantung dan paru-paru dan  perlu berjumpa dengan pakar 2-3 kali setiap bulan bagi membuat pemeriksaan berkala di Hospital Kuala Terengganu. Beliau merupakan seorang penerokawati dan kini hanya bergantung kepada jualan buah sawit bagi menampung perbelanjaan harian dan kos rawatannya.

Daripada 7 orang anaknya, 4 orang sudah mendirikan rumah tangga manakala 3 orang masih bujang dan masih menetap bersamanya. 2 orang bekerja sebagai pengait buah sawit manakala seorang lagi hanya mengambil upah mengecat rumah, itupun jika perkhidmatannya diperlukan. Pendapatan mereka masih tidak mampu untuk menampung kos rawatan dan dan perbelanjaan harian keluarga ini.

Kos bagi dialisis adalah sbanyak RM150-RM200 bagi satu sesi.

Melihat keadaan itu,saya ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama memberi sumbangan bagi membantu menampung kos rawatan dan perubatan Laili.

Semoga sumbangan anda akan menjadi jariah di sana kelak.

3 days ago
RM 20
User - Najma
1 week ago
RM 10
Anonymous
1 week ago
RM 10
User - Najma
1 week ago
RM 10
User - SYIFA BT MOHD NASIR
2 weeks ago
RM 10
Anonymous