...

Perbelanjaan Bulanan Program Kereta Wakaf

RM 30 of RM 3,497
Open Campaign
2+
Total Backers
RM 30
Total Collected
Admin

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Nama saya Allip Ibrahim, pemilik Pusat Pengajian Taman al-Quran yang beroperasi di Rembau, Negeri Sembilan. Selain pusat pengajian al-Quran, saya juga melaksanakan program 'Kereta Wakaf' yang bertujuan untuk membantu masyarakat khususnya di luar bandar dan kampung-kampung sekitar Negeri Sembilan (khususnya di Rembau) bermula 1 Januari 2017. Kereta Wakaf ini telah di wakafkan oleh individu yang budiman kepada saya untuk membantu orang ramai. 

Saya menggunakan kereta ini untuk menghantar orang ramai ke hospital, dimana mereka tidak memiliki kenderaan ataupun kewangan untuk ke sana. tiada caj yang saya kenakan. PERCUMA. Saya juga tidak memilih samada melayu, cina atau india, asalkan mereka berkeperluan. Alhamdulillah, perkhidmatan ini sangat bermanfaat kepada peWakaf kereta kerana puratanya 3 kali sehari ia ke hospital, bahkan bukan hanya di Negeri Sembilan, saya juga menghantarnya ke Hospital Ipoh, HUKM, HKL dan Hosp Selayang.

Oleh kerana perkhidmatan ini percuma, saya mengharap sumbangan anda untuk membantu saya sekurang-kurangnya mengoperasikan program ini dengan jayanya. Petrol, tol, penyelenggaraan bahkan ada masa saya terpaksa membayar sukarelawan jika saya tidak berkepalangan. Saya memerlukan lebih kurang RM3500 sebulan untuk tujuan ini (dilampirkan item perbelanjaan). Saya mohon sumbangan tuan/puan semua dan juga berharap rayuan saya ini dikembangkan samada melalui FB atau Whasapp. 

Sekian, terima kasih sekali lagi atas perhatian tuan.

Allip Ibrahim


3 years ago
RM 10
User - NOR FAZIHAN MOHD SHAMSUDDIN
3 years ago
RM 20
Anonymous