Projek Imarah Musolla merupakan projek surau yang terdapat di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya dan berada di bawah penyeliaan JKP Kerohanian dan Perpaduan. Objektif utama Projek Imarah Musolla adalah menjalankan aktiviti keagamaan dan kerohanian secara mingguan dan bulanan kepada semua penghuni kolej kediaman agar ilmu-ilmu agama dapat diterapkan dan disebarkan kepada semua. Projek ini mempunyai pelbagai rangka aktiviti dan program sepanjang Semester 2 bagi sesi 2020/2021. Antaranya ialah:
· Kuliah agama secara mingguan (Setiap Hari Sabtu)
· Kuliah agama secara bulanan
· Kuliah diskusi akhawat
· Sebaran Poster Tazkirah Jumaat
· Ihya’ Ramadhan (Agihan Makanan Berbuka, Solat Tarawih dan Kuiz Ramadhan)
Selain itu, projek ini juga dijalankan secara atas talian disebabkan kekangan untuk melaksanakan secara fizikal sepenuhnya di kolej kediaman. Semoga projek ini dapat menyebarkan pelbagai manfaat kepada semua penghuni kolej kediaman dan menjadi asbab ke arah kebaikan.
Tabarakallah.