...

Sumbangan Dakwah

RM 4,543 of RM 30,000
Open Campaign
372+
Total Backers
RM 4,543
Total Collected
Pertubuhan Bil Hikmah Malaysia

DAKWAH MEDIA SOSIAL AKAN LESU TANPA ANDA!

 

Setiap hari, kita selalu meneliti skrin telefon pintar. Laman yang selalu menjadi pilihan? Jika tidak Facebook, pasti Instagram, Twitter, ataupun YouTube.

Cuba kita nilai, berapakah peratus pengisian bermanfaat yang kita peroleh sepanjang melayari kesemua media sosial ini, kurang, bukan?


Sekiranya kita inginkan motivasi dan inspirasi ataupun ada persoalan yang bermain di minda, dimanakan tempat untuk kita cari? 

Sudah tentu kita akan mencarinya di 'google' sahaja. Adakah cukup laman sesawang yang memberikan informasi dan inspirasi?


Sejak PKP, pengajian dan kuliah lebih terbatas kerana tidak banyak program yang boleh diadakan. 

Jadi pengisian secara maya perlu diperbanyakkan lagi agar masyarakat lebih mudah untuk mencari di mana-mana.


Jadi kami di Hikmah Shares terpanggil untuk meneruskan legasi perjuangan yang telah ditinggalkan oleh Baginda Nabi Sallallhu 'Alaihi Wa Sallam 

untuk menyebarluaskan dakwah dan kebaikan khususnya melalui media sosial, 

dengan kaedah video siaran langsung ataupun rakaman, serta sebaran poster-poster dakwah dan peringatan.


Bagaimanapun, semua sedia maklum, dunia kini menelan belanja untuk hampir semua perkara.

Aktiviti dakwah dan kebaikan juga tidak mampu berdiri tanpa bantuan daripada masyarakat sekeliling.

Oleh itu, atas kesedaran sesama insan, kami mengajak anda untuk kita sama-sama memberi infaq

demi melancarkan lagi aktiviti ini dari segi kesediaan peralatan dan sumber tenaga manusia.



Sabda Rasulullah Sallallhu 'Alaihi Wa Sallam :

 

“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara:

sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”


(Hadis Riwayat Muslim)



Semoga infaq kita semua tergolong dalam kumpulan sedekah jariah yang tidak akan terputus pahalanya,

walaupun jasad sudah lama dimamah bumi.


Rezeki sama dikongsi, pahala sama dicari, Syurga menanti pasti!



2 months ago
RM 3
Anonymous
3 months ago
RM 10
Anonymous
5 months ago
RM 10
Anonymous
5 months ago
RM 2
Anonymous
8 months ago
RM 2
Anonymous