...
...
...
...
...

Sumbangan Untuk Qurban Di Filipina

RM 5 of RM 400,000
Open Campaign
1+
Total Backers
RM 5
Total Collected
Admin

Assalamualaikum wbt.

Kami ingin mengumpul dana bagi Sumbangan Ibadah Qurban dan juga dana untuk keperluan pembinaan Masjid yang akan dilakukan di Filipina. Tujuan kami hanya 1, adalah untuk menggembirakan saudara se-agama kami iaitu Agama Islam semasa Hari Raya Aidil Adha. Untuk pengetahuan semua, setakat ini alhamdulillah ibadah qurban telah di laksana lebih dari sapuluh tahun dan hampir tiap tahun jumlah kambing dan tempat qurbannya semakin bertambah. Dibawah ini kami sertakan nama masjid yang menjalankan ibadah qurban semasa Hari Raya Aidil Adha di Filipina.

1) Masjid Alnur, lmbalbalatong, Pozorubio Pangasinan.

2) Masjid Ligarda,Ligarda Street, Pozorubio, Pangasinan

3) Masjid Rosario, La Union

4) Dua buah masjid di Agoo.

5) Masjid Pembangunan, Pugo, La Union.

Baru tahun lepas kami buat qurban beberapa ekor kambing disini. Ramai penduduk muslim disini dan penduduknya sekitar 20 keluarga. Ada juga penduduk dari kampung-kampung lain yang datang minta kambing dari kami. Antaranya penduduk dari Trinidad, Baguio, Binalonan, Panga sinan, Manaoag, Pangasinan Dan beberapa jamaah lain.

Pada hari qurban saja, kami orang Filipina gembira menikmati daging kambing/lembu yang halal kerana pada hari tersebut kami yang melakukan penyembelihan itu. Sedangkan di hari-hari lain untuk mendapatkan daging yang halal agak sukar sebab itu ramai dari keluarga lslam hanya makan daging pada Hari Raya Aidil Adha.

Tujuan utama program ini ialah kerana untuk memberi peluang kepada Umat Islam makan daging sekali setahun. Biasanya penduduk yang tidak ramai ini kami beri satu atau dua ekor kambing sekadar mereka dapat laksanakan sharia qurban sahaja. Setiap tahun di samping kami jalani ibadah qurban, kami juga adakan kegiatan dakwah dengan nama “Simposium Dakwah”.

Dan semasa “simposium dakwah” kami akan ambil kesempatan untuk menyampaikan tentang ajaran Agama lslam dan alhamdulillah tiap tahun akan ada sahaja saudara baru. Ucapan 2 kalimah Syahadah tidak lagi jarang didengari kerana bagi mereka yang ingin memasuki Agama Islam akan dilakukan pada hari tersebut dan di saksikan oleh ustaz dan orang-orang kampung.

Sesudah Simposium Dakwah itu, kami akan bantu semaksimal mungkin dengan kadar kewangan yang sangat terhad untuk terus adakan kelas-kelas agama sebagai sambungan dari dakwah kami. Kami akan jemput orang lslam dan juga bukan lslam untuk hadiri majlis tersebut. Biasanya aktiviti yang akan kami lakukan adalah:-

1.   Gotong royong,

2.   Menguruskan pengupasan kulit daging qurban,

3.   Mencarik daging qurban dan

4. Pembersihan dilakukan bersama dibantu oleh mereka yang bukan lslam (untuk mereka belajar tentang kewajipan bagi umat Islam)

Kutipan derma dari sumbangan program ini akan kami serahkan mengikut keperluan setiap masjid yang dilaporkan oleh pelaksana ketika perlaksanaan qurban. (Pembayaran bil, baik pulih dan sebagainya).

Jadi mari sertai kempen SEDEKAH SERENDAH RM100 bagi menjayakan IBADAH QURBAN UMAT ISLAM di Filipina 1442H/2021 dan juga DANA PEMBIKINAN MASJID. Moga pengorbanan titisan darah yang keluar dari seekor sapi akan menjadi saksi buat kita semua sebagai PEMBELA kepada yang melakukan kebaikan kepada umat Islam dan mengemilangkan syiar Islam.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih dengan penyertaan dan sumbangan anda. Sumbangan daging qurban anda telah mendatangkan keceriaan kepada saudara se-Islam kita di Filipina yang memerlukan.

Salurkan sedeqah anda demi keindahan Islam sejagat.

Terima Kasih.

9 hours ago
RM 5
User - NA