...

Memohon dana untuk kos pembedahan dan peralatan sebelum dan selepas pembedahan.

RM 3,535 of RM 50,000
Open Campaign
0+
Total Backers
RM 3,535
Total Collected
Admin

As salam,

 

Saya Kamarulzamani b Mahamod, memohon jasa baik kalian semua untuk memberi sumbangan seikhlas hati untuk menanggung kos pembedahan tulang belakang isteri dan pelbagai kos rawatan beliau yang tidak mencukupi.

Untuk pengetahuan kalian, isteri sy menderita sakit Scoliosis "S" dimana tulang belakang beliau bengkok dan berbentuk S.

Dan kini, beliau menghadapi kesukaran untuk berjalan dan sakit yang terlampau dibahagian tulang belakang sehingga ke hujung jari kaki dan ini menyukar dan membebankan setiap pergerakan. Dengan itu, untuk beliau kembali memudahkan pergerakannya, beliau perlu melakukan pembedahan dimana kosnya sangat tinggi dan saya kekurangan lagi RM50,000 dan saya amat2 perlukannya sekarang kerana beliau perlu menjalani pembedahan secepat mungkin agar pergerakannya tidak semakin lemah, menyakitkan dan lumpuh.

Disini saya sertakan sekali contoh gambar yang diambil dari google pembentukan tulang belakang yg isteri saya hidapi untuk kalian fahami apa itu Scoliosis "S". Dan saya sertakan sekali gambar2 beliau ketika mendapatkan rawatan dalam tempoh yang lama selama 23 hari pd akhir tahun lepas Nov 2016. Juga saya sertakan surat pengesahan dari doktor mengenai penyakit beliau yg dirawat dalam tempoh itu. Surat itu memudahkan beliau untuk mengambil suntikan Pethidine dalam dos yang sangat tinggi untuk melegakan kesakitan beliau dimana2 hospital dan specialist.

Sy mohon maaf kerana terpaksa tutup nama dan gambar beliau kerana saya mengelakkan isteri saya merasa malu dan ini akan membuatkan beliau down atau depress kerana kalian mengetahui beliau cacat dan beliau adalah pesakit mental dan mengelakkan risiko bunuh diri yang akan diambil beliau kerana beliau pernah 2x melakukannya tanpa beliau sedar. Alhamdulillah beliau dapat diselamatkan.

Saya mengharapkan sangat2 bantuan dan sumbangan dari kalian untuk membantu kami kerana saya juga sedang mengalami masalah kewangan pada masa kini dimana simpanan yg ada tidak mencukupi untuk beliau melakukan pembedahan dengan segera.

Semoga bantuan kalian akan diperluaskan lagi pintu rezeki dan diberikan kesihatan yang baik buat kalian. 

*Suami yang terlalu mengharap dan melihat senyuman kembali diwajah isteri.*