...
...

Sedeqah Untuk Qurban

RM 85 of RM 200,000
Open Campaign
7+
Total Backers
RM 85
Total Collected
Admin

Assalamualaikum wbt.

Apa itu sedeqah qurban?

Sedekah qurban ialah perbuatan seseorang menyumbangkan sejumlah wang bagi menampung sebahagian daripada harga bahagian korban. Sebagai contoh, jika harga satu bahagian korban ialah RM 200, maka seseorang yang menyumbang dengan jumlah yang kurang daripada itu adalah dikira melakukan sedekah korban.

Sempena Aidiladha yang bakal menjelang pada 20 Julai 2021, Ramai saudara kita yang berkemampuan untuk melakukan ibadah qurban tetapi pada masa yang sama ada juga yang tidak berkemampuan sepenuhnya.

Oleh itu kami dari team Jom Donate ingin mengadakan kempen Sedeqah Untuk Qurban. Objektif kami adalah untuk sama-sama membantu saudara kita yang tidak berkemampuan. Kami menerima berapa sahaja sumbangan yang ingin dihulurkan asalkan seikhlas hati anda.

Target Sasaran Kami adalah sebanyak RM200,000.

Segala sumbangan yang telah dikumpulkan kami akan serahkan kepada pihak yang berkepentingan (NGO-NGO yang terlibat) bagi menguruskan ibadah qurban ini dengan sempurna. Ramai yang tidak mampu merasai ibadah qurban ini. Jadi mari kita bantu mereka dengan sedeqah sedikit seorang untuk menggembirakan hati mereka.

Bagi menjadikan Hari Raya Aidiladha pada tahun 2021 ini dengan lebih bermakna, ayuh kita sama-sama sedekah untuk qurban buat umat islam yang memerlukan agar mereka dapat menjalani ibadah qurban pada tahun ini. Semoga sedekah Qurban kita menjadi satu pengorbanan mulia di sisi Allah Aamiiin.

10 hours ago
RM 10
Anonymous
2 days ago
RM 10
Anonymous
2 days ago
RM 30
Anonymous
3 days ago
RM 10
Anonymous
5 days ago
RM 10
Anonymous