...

WAKAF PENAPIS UDARA

RM 38 of RM 122,250
32 Days
4+
Total Backers
RM 38
Total Collected
Barokahworks

WAKAF PENAPIS UDARA

Pernah anda melawat ke rumah anak-anak yatim dan asnaf ataupun rumah perlindungan warga emas?

Mereka tinggal beramai-ramai di sana. Adakalanya, disitulah mereka makan & minum, belajar dan di situ jugalah mereka tidur.

Kekurangan system pengudaraan yang baik dan berkemungkinan disebabkan oleh ruang yang sentiasa tertutup, akan menyebabkan kualiti udara di persekitaran mereka kurang bersih. Oleh kerana itu, mereka mudah mendapat penyakit seperti selsema, batuk, asthma dan demam dan sebagainya.

Pandemik Covid19 masakini juga ditahap sangat membimbangkan. Di dada akhbar dan berita di televisyen juga menyebut tentang virus jahat ini mampu merebak melalui udara. Bayangkan, jika virus ini tercetus di kediaman padat mereka, pasti akan menimbulkan banyak permasalahan dan mampu mengancam nyawa mereka.

 Lebih baik kita mencegah sebelum terlambat.

Siapa lagi yang boleh menjaga kebajikan anak-anak yatim dan asnaf serta warga emas ini jika tidak kita?

Jom sertai kami dalam Kempen Wakaf Penapis Udara untuk mereka. Bantu kami menyediakan penapis udara berkualiti tinggi kepada 20 rumah anak-anak yatim dan asnaf serta rumah perlindungan warga emas yang memerlukan di Semenanjung Malaysia.

Semoga dengan sumbangan ikhlas dari anda dapat memberikan kualiti hidup yang lebih baik dan mengurangkan penularan penyakit melalui udara untuk mereka yang dikasihi Rasulullah SAW ini. 

Sasaran Dana: RM 122,250

Dana ini adalah termasuk kos pengurusan, penghantaran, pemasangan, penyelenggaraan, pemasaran dan lain-lain kos untuk menjayakan kempen ini.

 

Anda juga boleh menghadiahkan wakaf penapis udara ini di atas nama sendiri, ibu bapa, ahli keluarga atau saudara mara sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Allah SWT berfirman, “Perumpamaan (derma atau nafkah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah SWT adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai: setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Allah SWT akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang kehendaki-Nya dan Allah SWT Maha luas kurniaan-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 261) 

Semoga Allah merahmati anda.

1 year ago
RM 30
Anonymous
3 years ago
RM 3
Anonymous
3 years ago
RM 3
Anonymous
3 years ago
RM 2
Anonymous