...
...
...
...
...

Ketua Keluarga Anak Cerebral Palsy & Autisme Kehilangan Sumber Pendapatan

RM 337 of RM 8,000
Open Campaign
19+
Total Backers
RM 337
Total Collected
Intan

Perlukan bantuan secepat mungkin.

Disebabkan COVID-19, ketua keluarga anak Cerebral Palsy dan autisme kehilangan sumber pendapatan.

Tambahan lagi, bulan ini gaji suaminya tidak ada. Agak sukar untuk mereka.

Disamping itu, duit sewa rumah juga perlu difikirkan pada bulan ini.

Cerebral Palsy ialah sejenis penyakit kekal. Selalunya simptomnya berkaitan dengan

- kordinasi yang lemah.

- otot yang mengeras.

- otot yang lemah.

- anggota tubuh badan menggeletar luar kawalan.

Dalam kes ini, doktor mendapati anak beliau mempunyai masalah saraf pada tulang pinggul sehingga menyebabkan kaki bersilang. Maka tak boleh berjalan. Hanya meniarap sahaja boleh. Anak itu juga menghidap penyakit saraf, sawan, asma dan mata.

Autisme pula adalah kelainan perkembangan otak yang mempengaruhi interaksi sosial dan komunikasi. Orang yang menghadapi cabaran tersebut akan kekal di dalam dirinya sepanjang hayat.

Mungkin orang autistik kelihatan seperti orang biasa yang lain, tetapi yang mengalaminya sahaja tahu apa kesusahan yang sedang ditempuh. Hanya 15% sahaja orang autistik berpeluang untuk bekerja sepenuh masa. Lagi 85% tidak dapat diberikan peluang kerana beberapa kelemahan.

Apa yang menyebabkan mereka begitu?

- Mereka mempunyai simptom yang menghalang mereka dari mendapat sesi temuduga yang berjaya, mengurus keperluan fizikal di tempat kerja dan bekerja dengan baik dalam pasukan kerja.

Kebiasaanya keluarga tersebut menghabiskan dalam RM2,000 sebulan bagi keperluan lampin, susu dan rawatan anak-anak mereka.

Melihatkan keadaan sebegitu, mereka tergolong dalam kelompok yang layak mendapat derma kerana faktor anak-anak.

Bagi yang ingin membuat sumbangan, boleh hulurkannya di: www.jomdonate.com

Mohon kalian untuk klik butang share dan sebarkan kepada rakan-rakan lain.

3 days ago
RM 20
Anonymous
4 days ago
RM 30
Anonymous
1 week ago
RM 20
Anonymous
1 week ago
RM 50
Anonymous
2 weeks ago
RM 10
Anonymous