Pembaikan fasiliti pengajaran dan pembelajaran (papan putih kaca)
Pengajaran dan pembelajaran pelajar amat penting di dalam proses pendidikan pada masa kini. Salah satu masalah yang dihadapi oleh pensyarah dan juga pelajar adalah keadaan papan putih yang usang (rujuk gambar 1).
Selaras dengan itu, projek ini akan menjalankan kempen projek ‘crowdfunding’ yang menumpukan aspek fasiliti di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) iaitu papan putih biasa kepada papan putih kaca (white board glass) (rujuk gambar 2). Papan putih kaca amat sesuai digunakan kerana ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih kreatif dan kritis. Papan putih kaca bukan sahaja digunakan untuk menulis tetapi sebagai papan magnet yang membolehkan pensyarah melampirkan dokumen, kad, nota atau foto ke permukaan papan kaca dengan magnet. Kos diperlukan adalah sebanyak RM7,130 (rujuk gambar 3). Projek ini akan berjalan selama dua (2) bulan. Dicadangkan papan putih kaca ini akan diletakkan di tiga (3) tempat berikut:
Bil | Tempat | Bilangan |
1. | Mini Studio | 1 |
2. | Bilik Tayangan | 1 |
3. | Bilik Mesyuarat (kegunaan pre-viva pelajar) | 1 |
Dengan keadaan COVID-19, semua pelajar menggunakan platform dalam talian untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran. Maka ini adalah masa yang sesuai untuk fakulti meningkatkan fasiliti pembelajaran untuk persediaan untuk pelajar ke kelas. Pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti aktiviti pengajaran & pembelajaran yang baik dan berkesan. Untuk pengetahuan semua, projek ini mendapat kelulusan fakulti/dekan dan sokongan penuh dari dekan. InsyaAllah setiap yang memberi pasti ada ganjaran dariNya.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Pengasas Projek: Dr Wan Nur Fazni binti Wan Mohamad Nazarie
No staff: S2420
Pensyarah Kanan
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
USIM
0193637472.
Terima Kasih.
Gambar 1
(papan putih lama)
Gambar 2
(papan putih kaca)
Gambar 3
(Sebut harga)