...
...

Infaq Makanan Untuk Faqir Miskin di Mekah & Madinah (Iddin)

RM 114,088 of RM 250,000
Open Campaign
7298+
Total Backers
RM 114,088
Total Collected
Iddin

“Sesungguhnya orang yang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” HR Thabrani 

Jika hari ini kita boleh menikmati hidangan yang sedap dan lazat, adakah saudara kita di sana dapat menikmati dengan santapan yang sama? Luangkan masa sejenak dan fikirkan tentang saudara kita yang dalam kesusahan.

Sedar tidak sedar, sudah hampir 2 tahun bumi kita dilanda wabak pandemik Covid-19 termasuklah di Mekah dan Madinah. Banyak juga keluarga miskin yang tiada sumber pendapatan sehingga tidak mampu untuk membeli makanan buat keluarga mereka.

Sebagai saudara sesama Islam, Iddin ingin mengajak anda semua untuk kita bersama-sama berkongsi rezeki menghulurkan bantuan buat mereka yang terjejas disana.

Janji Allah dalam Al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda. 

Kempen Infaq Pek Makanan di Mekah & Madinah ini bermula hari ini sehingga kempen ini berjaya mencapai kutipan yang ditetapkan iaitu RM250,000 untuk membantu mereka yang memerlukan. Harga untuk Pek Nasi adalah RM20 manakala harga untuk Pek Roti adalah RM10.

Nabi Muhammad SAW Bersabda, “Barang siapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)

Semoga jasa baik para dermawan akan dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Insyaallah.

6 months ago
RM 25
User - SHAHIDAN BIN TASIR , NUR BALQIS BT SHAHIDAN , AMIR
6 months ago
RM 10
User - Norida bt abu bakar
6 months ago
RM 4
User - NURUL ADLIN FATIHIN BINTI ZAKARIA
6 months ago
RM 10
Anonymous
6 months ago
RM 5
Anonymous