...

Tajaan Kuliah Ilmu Berkitab Harian di Masjid Pangsun

RM 234 of RM 2,900
Open Campaign
0+
Total Backers
RM 234
Total Collected
Admin

Assalamualaikum warahmatullah,

Masjid Pangsun terletak di kampung TERhujung dan TERhulu di daerah pendalaman HULU Langat dengan penduduknya seramai lebih kurang 550 orang yang rata-rata bekerja kampung. 

Masjid ini mempunyai Maahad Tahfiz dengan kapasiti maksimum 30 orang pelajar. Masjid ini juga mempunyai seramai 16% asnaf muallaf (23 keluarga) di kalangan Orang Asli. Juga 12 asnaf FAKIR dan 9 asnaf MISKIN di kalangan ahli kariah kami.

Program tarbiyah kuliah ilmu harian diadakan setiap hari bagi terus mendidik ahli kariah kami untuk memahami agama. Memandangkan kedudukan Masjid yang terpencil, kutipan solat Jumaat kami hanya RM150 (purata) seminggu dan ini sudah tentulah tidak mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan Masjid termasuk pemberian saguhati kuliah kepada penceramah yang datang dari jauh (RM100 - RM150 bergantung kepada jauh perjalanan Ustaz yang datang mengajar).

Anggaran keperluan bulanan Masjid adalah RM2,900. Kami sungguh mengharapkan agar mendapat sumbangan bantuan untuk kami meneruskan program dakwah kami di pendalaman ini setiap hari.

Jazakumullahu Khairan Kathiran.

 

Haji Ismail Basar

Nazir -Masjid Pangsun &

Pentadbir - Maahad Tahfiz Masjid Pangsun

Batu 22.5, Kg Kuala Pangsun, 43100 Hulu Langat, Selangor.

WA : 019-2338393