...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

Tabung Infaq Pemulihan dan Pembangunan Semula Hulu Langat Pasca Banjir

RM 927 of RM 200,000
Open Campaign
16+
Total Backers
RM 927
Total Collected
Mohd Ridza

​Tabung Infaq Pemulihan dan Pembangunan Semula Hulu Langat Langat Pasca Banjir ​ini diwujudkan sebagai initiatif membantu membaik-pulih kediaman penduduk setempat Hulu Langat yang musnah, dihanyutkan air banjir dan rosak serta membaik-pulih Masjid serta Surau-Surau yang terjejas daripada musibah banjir yang melanda Mukim Hulu Langat pada baru-baru ini.

Banjir besar yang berlaku adalah diluar-jangka. Atas asbab ini, kami mengajak anda semua bersama dalam membantu proses pemulihan yang sebenarnya jauh lebih panjang dan lebih mahal belanjanya. Warga emas dan golongan B40 adalah antara golongan yang amat terkesan dalam pemulihan ini. Kami berusaha agar bantuan yang bakal disampaikan nanti bukan sekadar bantuan one-off tetapi berkesinambungan  agar golongan ini mampu bangkit semula dan menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Atas keprihatinan semua, kami membuka ruang kepada anda untuk menderma dan menjayakan kempen ​Tabung 𝗜𝗻𝗳𝗮𝗾 ​Pemulihan dan Pembangunan Semula Hulu Langat Pasca Banjir 2022 melalui platform jomdonate.com. Sasaran awal dana ini adalah sebanyak 𝗥𝗠𝟮​0𝟬,𝟬𝟬𝟬 untuk membantu mereka yang terjejas.

Setiap sumbangan yang anda hulurkan kami sangat hargai dan menjadi harapan untuk mangsa banjir menghadapi hari esok. Semoga Allah Al Khaliq menggantikannya dengan perkara yang lebih baik dari apa yang kita sangka dan semoga jasa baik para dermawan akan dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. InsyaAllah.

Alhamdulillah ‘Ala Kulli Haal

​[Maklumat terkini]

Ada yang hilang rumah, ada yang hilang kenderaan, dan ramai yang hilang punca pendapatan. Seperti mana musibah-musibah banjir sebelum ini sebagai contoh banjir besar di Kelantan 2014 Dan Pahang pada awal 2021, berlaku lambakan bantuan dalam bentuk barangan.

Setiap simpang lazimnya akan ada longgokan lebihan sumbangan yang tidak dimanfaatkan dan diurus dengan sempurna. Ada mangsa-mangsa yang cuba menjualnya dengan harga murah kerana sangat memerlukan wang tunai. 

Justeru, kami mengutamakan bantuan berbentuk tunai dengan kerjasama serta maklumat dari kalangan orang kampung, AJK Masjid dan Surau, JKKK untuk mengenal pasti golongan asnaf yang berhak.

Setiap kali kami sebagai sukarelawan turun sama ke lokasi bencana untuk membuat penilaian sendiri keperluan asnaf tanpa birokrasi, kami hulurkan terus bantuan sewajarnya setelah berpuas hati dengan pemerhatian dan maklumat yang diperolehi.

Disebalik segala musibah, ujian dan dugaan yang berlaku pasti ada hikmah dan rahmat dari Allah Al Azeem. Semoga Allah SWT sentiasa memudahkan urusan kita semua, InsyaAllah.

Wallahu A'lam

Mohd Ridza Bin Abdual Rahman

(Sukarelawan pengurusan jenazah Covid-19 & Sukarelawan bantuan banjir)

5 months ago
RM 100
User - EZNA SYAQIRA BINTI ZAKARIA
6 months ago
RM 10
Anonymous
6 months ago
RM 10
Anonymous
7 months ago
RM 2
Anonymous
7 months ago
RM 10
Anonymous