๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Seperti yang semua tahu, Fardhu Ain adalah perkara wajib yang Umat Islam perlu tahu dan belajar. Bukan sahaja belajar Solat, tetapi Haji, Puasa dan Zakat itu juga dinamakan sebagai Fardhu Ain.
Tujuan Iddin membuka kempen ini adalah ingin membantu golongan yang kurang berkemampuan menuntut ilmu Fardhu Ain. Iddin ingin membuka peluang kepada semua umat islam untuk sama-sama kita ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐๐๐ค๐๐ก๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฌ ๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ ๐๐ซ๐๐ก๐ฎ ๐๐ข๐ง.
Ingatlah dalam keadaan kita mampu memberi, tidak salah untuk membantu mereka yang memerlukan. semakin banyak kita bantu semakin banyak pahala yang mengalir dalam akaun akhirat kita. Lebih-lebih lagi kita membantu orang yang ingin mempelajari kelas Fardhu Ain, Insyaallah pahala terus mengalir berpanjangan walaupun kita sudah meninggal dunia.
Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah pernah berkata,
"Jika engkau menolong seorang penuntut ilmu dengan membelikan buku-buku baginya, atau menyediakan asramanya, atau memberikan infak kepadanya, atau yang semisal dengannya, maka engkau akan mendapatkan pahala seperti penuntut ilmu tersebut tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun.โ
Semoga setiap sumbangan yang tuan puan hulurkan, sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menuntut ilmu Fardhu Kifayah Insyaallah.