...

BANTUAN BANJIR PANTAI TIMUR

RM 17 of RM 50,000
Open Campaign
3+
Total Backers
RM 17
Total Collected
PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Negeri di Pantai Timur terjejas akibat banjir yang melanda. Adakah cukup sekadar kita melihat tanpa berbuat apa-apa? Ayuh! Kita bantu mereka dengan kemampuan yang kita ada. 

 

Assalamualaikum buat semua sahabat-sahabat dan penyumbang yang dirahmati Allah. Kami di Pertubuhan Briged Prihatin terpanggil untuk bersama membantu saudara-saudara kita di negeri sekitar Pantai Timur.

 

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi)

 

Di Terengganu, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu tujuh di Kemaman dan satu di Setiu membabitkan 383 orang daripada 114 keluarga.

 

Di Kelantan, tiga PPS dibuka iaitu dua di Tanah Merah dan satu di Kuala Krai melibatkan 52 orang daripada 17 keluarga.

 

Hasil dari sumbangan, kami mensasarkan untuk membantu dari segi keperluan asas makanan dan keperluan rumah kepada 250 penerima manfaat di sekitar Pantai Timur.

 

Ayuh kita ukir senyuman diwajah mereka dengan bantuan yang kita salurkan selain memudahkan anak-anak disana untuk mulakan sesi persekolahan pada mac nanti dengan kelengkapan yang mencukupi, InshaAllah.

 

Semoga dengan sedekah pemberian kita ini kita dapat sedikit sebanyak pahalanya dan semoga Allah SWT merahmati kita semua & memberi ganjaran yang lebih besar untuk ini. 

 

“Sesungguhnya naungan orang beriman di hari kiamat adalah sedekahnya” - HR Ahmad

 

 

 

8 months ago
RM 5
User - Gautam Nair Govindan
1 year ago
RM 10
User - kiranjeet kaur
1 year ago
RM 2
Anonymous