...

Sedekah Pek Berbuka Puasa

RM 120,390 of RM 250,000
Open Campaign
10413+
Total Backers
RM 120,390
Total Collected
Iddin

๐— ๐—”๐—ฅ๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—” ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—›๐—”๐—ก

Alhamdulillah Ya Allah kami dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun 2022 ini. Iddin yakin ramai yang menunggu kedatangan bulan Ramadhan sebab pada bulan ini lah segala amalan yang kita lakukan berganda - ganda pahalanya.

Apa amalan yang kita dah rancang dan buat supaya kita boleh dapat pahala secara berterusan walaupun kita sudah meninggal dunia? Salah satunya adalah dengan bersedekah.

Di saat kita masih boleh berfikir nak makan apa? nak berbuka apa? nak masak apa? Tapi sedarkah kita ada diantara saudara kita yang tidak mampu untuk membeli juadah berbuka.


Jadi Iddin ingin membuka peluang kepada tuan/puan yang pemurah untuk kita sama-sama berkongsi rezeki dengan taja pek berbuka puasa yang akan diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan.


Serendah RM15/Pek sudah memadai jika nak dibandingkan dengan harga beratus yang kita makan dikedai-kedai. Kita bantu mereka supaya mereka boleh jalani ibadah puasa sama seperti kita.


Inilah janji pahala yang Nabi shallallahu โ€˜alaihi wa sallam sebutkan,


ู…ูŽู†ู’ ููŽุทู‘ูŽุฑูŽ ุตูŽุงุฆูู…ู‹ุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูุซู’ู„ู ุฃูŽุฌู’ุฑูู‡ู ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู„ุงูŽ ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตู ู…ูู†ู’ ุฃูŽุฌู’ุฑู ุงู„ุตู‘ูŽุงุฆูู…ู ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง


โ€œSiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit punโ€


Semoga kita semua mampu hiasi Ramadhan kita pada tahun ini dengan amalan-amalan yang baik dan peroleh pahala yang berlipat kali ganda. Semoga jasa baik para dermawan akan dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Insyaallah.


Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal 

3 months ago
RM 3
Anonymous
3 months ago
RM 20
Anonymous
3 months ago
RM 20
Anonymous
3 months ago
RM 10
Anonymous
3 months ago
RM 5
Anonymous