...

TAJAAN PENDIDIKAN GAZA

RM 36 of RM 500,000
Open Campaign
3+
Total Backers
RM 36
Total Collected
PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Anak-anak Gaza saban tahun diuji dengan serangan oleh tentera zionis israel sehingga mengorbankan banyak nyawa serta sekolah. Namun, kesungguhan mereka untuk terus mendapatkan pendidikan agar mereka dapat terus berjuang membebaskan tanah air mereka. Adakah cukup sekadar kita melihat?


Pertubuhan Briged Prihatin telah melancarkan "Gaza Education Campaign" dengan kerjasama rakan NGO kami di Gaza, Gazze Destek Denergi.



Kempen ini dilancarkan bagi memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak Gaza terus terbela. Penajaan ini bukan sekadar di peringkat rendah malah hingga ke peringkat tertinggi. Hasil sumbangan anda bertujuan untuk terus menggerakkan pengoperasian madrasah bagi anak-anak Gaza mendapatkan pendidikan secara percuma.


“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)



Brigade Care kini menaja sebuah sekolah di Gaza iaitu Madrasah Khadijah di Deir Balah Gaza yang mengkhususkan kepada 322 pelajar muslimah. 


Semoga dengan sedekah pemberian kita ini kita dapat sedikit sebanyak pahalanya dan semoga Allah SWT merahmati kita semua & memberi ganjaran yang lebih besar untuk infaq ini.


“Sesungguhnya naungan orang beriman di hari kiamat adalah sedekahnya” - HR Ahmad



Besar harapan kami agar kita dapat bersama menggembleng tenaga dan kemampuan kita bagi meneruskan penajaan pendidikan ini sekaligus memberi peluang kepada lebih ramai anak-anak Gaza untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

1 month ago
RM 30
Anonymous
1 month ago
RM 3
Anonymous
1 month ago
RM 3
Anonymous