Dalam situasi ekonomi yang amat mencabar sekarang, tekanan untuk menyediakan keperluan hidup amat dirasai oleh ketua keluarga, khususnya dalam kalangan miskin bandar. Secara tidak langsung, kesannya akan turut dirasai oleh anak-anak dalam keluarga tersebut yang akan mengalami kekurangan dari segi keperluan asas seperti makanan berkhasiat, pakaian yang baik dan keperluan persekolahan.
Sehubungan itu, kami dari kumpulan Bright Stars, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia - Graduate School of Business sedang menjalankan kempen Hope for A Child. Kempen ini menyasarkan untuk menyalurkan sumbangan dalam bentuk 500 pek susu, pakaian dan keperluan persekolahan kepada anak-anak di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur serta di beberapa kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur/Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru bagi menampung keperluan asas mereka.
Oleh yang demikian, setiap sumbangan tuan/puan amat kami hargai dan semoga beroleh ganjaran di dunia dan akhirat.
"Nothing you do for children is ever wasted"