...
...
...
...

Mohon Bantuan Untuk Beli Ubat Anak

RM 199 of RM 3,000
Open Campaign
10+
Total Backers
RM 199
Total Collected
Siti Zulaikha

Assalamualaikum, Saya Muhammad Hamzah Bin Mohamed berasal dari Kuala Terengganu. Saya merupakan anak kedua dari 4 adik beradik dan sudah pun berkahwin. Saya berumur 21, isteri saya berumur 18 tahun dan kami dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki berumur 1 tahun 1 bulan dan bongsu berumur  1 bulan. Tujuan saya berkempen ini adalah untuk meminta simpati dan juga bantuan dari orang ramai untuk membantu saya membayar bil perubatan hospital anak saya. Baru-baru ini anak saya demam, batuk, selsema dan paru-paru belah kiri jangkitan kuman. saya dah habis cara bagaimana nak bayar bill hospital. Sudah 2 bulan saya kerja hantar barang.

Sekarang kereta saya kerap rosak dan ini punca saya hilang pendapatan untuk menghantar barang.  Sebelum ini saya berkerja di kedai makan, kerja saya adalah membuat sate ikan, buat bahagian biji sate. Alhamdulillah sehari dapat dalam RM30-RM35. sejujurnya saya dah habis cara untuk mencari pekerjaan lain selain menghantar barang. Pernah juga saya berhutang beberapa kali dengan saudara mara saya dan agak malu untuk meminjam duit mereka selalu. Tambahan pulak saya fikir cara nak bayar hutang mereka kembali. Jiran saya juga banyak tolong saya sekeluarga dan sekarang pun kami hanya boleh pinjam motor jiran kalau nak bergerak.

Selama 6 bulan ni kami hanya bergantung sedikit duit dari tabung kami dan sampai terpaksa keluarkan semua duit raya anak tahun lepas untuk membeli kelengkapan barang keperluan harian seperti makanan. Sekarang kami dah benar-benar takda simpanan atau duit belanja. Sekarang saya dan keluarga menumpang rumah emak. Emak saya seorang ibu tunggal. Saya mempunyai seorang abang tetapi dia pun susah jugak, bawah saya ada lagi 2 orang adik saya yang masih bersekolah rendah. 

Saya harap ada yang faham keadaan saya sekarang ini dan sudi bantu saya. walaupun RM1 saya sangat hargai. Semoga setiap Hamba Allah yang menyumbang akan dilipat gandakan rezeki oleh Allah SWT. Semoga ada rezeki saya dan keluarga Aamiin Insyaallah. Terima Kasih JomDonate. 

1 week ago
RM 30
Anonymous
1 week ago
RM 30
Anonymous
3 weeks ago
RM 10
Anonymous
4 weeks ago
RM 3
Anonymous
1 month ago
RM 3
Anonymous