...
...
...
...
...

Perlukan Dana Untuk Menampung Kos Rawatan Pergi Balik Hospital dan Membayar Bil Hospital Anak

RM 348 of RM 7,000
Open Campaign
18+
Total Backers
RM 348
Total Collected
Intan

Dua anak OKU perlu bantuan

 

TAMPIN – “Saya bukan jenis meminta tetapi keadaan hidup ketika ini mendesak saya meluahkan perasaan. “Saya perlu jaga dua anak orang kelainan upaya (OKU) dalam keadaan tertekan kerana suami tiada kerja tetap akibat Covid-19,” luah Intan Mazura Nordin, 40, ketika ditemui baru-baru ini. Katanya lagi, walaupun begitu, dia tetap menjaga amanah untuk membesarkan dua anak istimewanya itu bersama suaminya, Mohd. Azizi Zakaria, 43. 


Katanya, suaminya baru sahaja mendapat kerja dua ­minggu lalu selepas beberapa kali dibuang dan diberhentikan sebelum, ketika dan selepas pandemik Covid-19 melanda negara. “Suami diberhentikan kerana adakalanya dia perlu mengambil cuti beberapa kali sebulan untuk menghantar anak, Muhammad Hairie Haikanl, 13, dan Nurul Aleaya Aqiela, 15, mendapatkan rawatan susulan di Hospital Segamat. “Muhammad Hairie menghidap penyakit celebral palsy, manakala Aleaya Aqiela pula ada sakit autisme,” katanya ketika ditemui di Taman Sentosa di sini kelmarin.

Tambahnya, suaminya sukar mendapat kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan dan kea­daan bertambah buruk apabila dia dan Aleaya disahkan positif Covid-19 pada Mei tahun lalu.

Menurut Intan Mazura, kea­daan itu menyebabkan mereka perlu dikuarantin hampir sebulan hingga suaminya hilang pekerjaan. “Mujur ketika itu ada pemberian kotak makanan. Saya bukan jenis meminta-minta, namun keadaan memaksa saya meluahkan beban perasaan yang kami alami,” katanya.

Ujar Intan Mazura, dia buntu untuk mendapatkan wang bagi kos ulang alik ke Hospital Segamat dan membayar sewa rumah RM280 sebulan yang sudah tertunggak selama dua bulan.

“Kami berjimat menggunakan duit bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meneruskan kehidupan,” katanya.

Dia berharap agar orang ramai boleh membantunya untuk meringankan beban yang sedang dialami. 

1 week ago
RM 5
Anonymous
1 week ago
RM 3
Anonymous
2 weeks ago
RM 50
Anonymous
2 weeks ago
RM 20
Anonymous
3 weeks ago
RM 10
Anonymous