...

SUMBANGAN & TAJAAN PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA IRBID, JORDAN

RM 1,390 of RM 180,330
Open Campaign
33+
Total Backers
RM 1,390
Total Collected
MUHAMMAD

Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) merupakan persatuan mahasiswa yang berpusat di Jordan dan bertanggungjawab untuk memastikan keperluan ahli PERMAI dapat dipenuhi dengan baik. Keperluan tersebut meliputi aspek pengurusan hal ehwal kebajikan mahasiswa, rangkaan program-program berunsurkan ilmiah, pembudayaan ilmu, kerohanian dan kepimpinan merupakan tugas PERMAI yang perlu dilaksanakan sebagai salah satu cara bagi membentuk warga PERMAI yang cakna dan aktif dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu.

 

Namun begitu, kewangan yang diperoleh PERMAI adalah terhad dan hanya mampu dibelanjakan ke arah pergerakan bulanan persatuan seperti pengurusan aktiviti, pengurusan PERMAI, mesyuarat dan kecemasan. Kebanyakan aset PERMAI yang telah uzur juga perlu diganti dan diperbaiki menjadikan kewangan yang lebih diperlukan untuk kos pembelian aset yang berkaitan. Tambahan pula, nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang tidak stabil secara tidak langsung menjejaskan bajet kewangan PERMAI khususnya dan mahasiswa amnya. Selain itu, faktor pertambahan ahli yang meningkat pada sesi kemasukan lepas juga memberi kesan yang besar kepada pengurusan kewangan PERMAI sesi kali ini.

 

Program-program yang dirangka hanya dapat dijalankan mengikut kemampuan kewangan yang sedia ada. Hakikatnya, terdapat pelbagai lagi program ilmiah dan kelas akademik yang sepatutnya boleh dijalankan jika persatuan mempunyai kewangan dan aset yang mencukupi dan kondusif.

 

Oleh itu, kami menubuhkan kempen ini sebagai salah satu medium dalam membantu kewangan PERMAI agar hal ehwal ahli PERMAI dapat dijaga dengan lebih baik sekaligus membekalkan mereka dengan aktiviti-aktiviti ilmiah yang dijalankan demi membina generasi yang cemerlang dari segenap aspek.

 

Segala sumbangan yang dihulurkan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih dan semoga Allah S.W.T membalas jasa tersebut dengan sebaik-baik ganjaran.

 

9 months ago
RM 100
Anonymous
9 months ago
RM 10
Anonymous
9 months ago
RM 50
Anonymous
9 months ago
RM 2
Anonymous
9 months ago
RM 50
Anonymous