...

Sumbangan Dana Pendidikan Anak² -Almarhum Ust Mustafa Shaari

RM 3,791 of RM 100,000
Open Campaign
64+
Total Backers
RM 3,791
Total Collected
MUHAMMAD YUNUS
Untuk Info : 

Almarhum Ustaz meninggalkan 11 Orang anak yang kesemuanya masih belajar & seorang Balu....

========================================

[5/4, 19:21] Ust Zaharuddin Mohamad: "Innalillah wainna ilaihi raajiun... semoga allah merahmati beliau"

[5/4, 19:26] Ust Zaharuddin Mohamad: "Kirim salam kat keluarga beliau"

[5/4, 19:26] Ust Zaharuddin Mohamad: "Seoarang yg sangat baik dan warak..."

========================================

[5/4, 5:37 PM] +60 10-521 8902: MAKLUMAN RASMI KEMATIAN USTAZ MUSTAFA SHAARI TPJ 1PAS PERAK

Badan Perhubungan PAS Perak di maklumkan berita sedih kehilangan Timbalan Pesuruhjaya satu AF ustaz Mustafa bin Shaari yang kembali kepada penciptanya kira kira jam 4 .05 minit petang tadi. Beliau menghembuskan nafas terakhir setelah dirawat beberapa hari di KPJ Manjong.  Sebelum itu almarhum di rawat di hospital Manjong berikutan komplikasi jantung dan beberapa masalah lain. 
 
Badan Perhubungan PAS Perak sangat merasai kehilangan murabbi yang begitu istiqamah menghidupkan tarbiah PAS Perak.  Almarhum adalah ketua Lajnah Tarbiah negeri yang juga timbalan ketua Dewan Ulama PAS Perak.  Beliau juga dipilih sebagai timbalan pesuruhjaya satu  bagi memantapkan tarbiah ahli PAS Perak sessi ini. Sebagai seorang murabbi istiqamah , beliau juga adalah YDP PAS kawasan Pasir Salak. 

Badan Perhubungan PAS Perak sangat merasai kehilangan beliau.  Pesuruhjaya PAS Perak YB Hj Razman Zakaria mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS Perak merakamkan takziah kepada keluarga almarhum.  Semoga Allah menerima segala jasa dan pengorbanan beliau dan di tempatkan bersama golongan syuhada dan solehin. 

FAIRUZ HAFIIZH BIN OTHMAN
Setiausaha 
Badan Perhubungan PAS Perak. 
3 Syawwal/ 04 Mei 2022.
[5/4, 6:25 PM] +60 10-521 8902: MAKLUMAN TERKINI PENGURUSAN JANAZAH

Pihak BPPN baru di maklumkan bahawa janazah Almarhum Ustaz Mustafa sedang di bawa balik ke Kg Gajah.  

Jenazah akan di solatkan di Masjid lama Kg Gajah selepas Isyak dan di kebumikan malam ini. 

Bagi sahabat yang berhasrat memberi penghormatan terakhir bersama dengan menunaikan solat jenazah boleh berada di masjid lama Kg Gajah waktu isya malam ini. 

Semoga almarhum di rahmati Allah. 

FAIRUZ HAFIIZH BIN OTHMAN
SU BPPN Perak. 
06.10 ptg
3 Syawwal/ 04 Mei 2022

========================================
https://www.facebook.com/ustazidrisahmad/posts/pfbid02v2E7bH8i2sGPqBeDKS18cJrhL8gs84FkzPFC9c2UGyanEs59pxVbZMSnx5HgF1WSl

Perginya sahabatku almarhum Ust Mustafa Shaari Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Perak. MasyaAllah orangnya, yang menginfakan diri untuk perjuangan PAS walau mempunyai kelulusan MA dalam bidang syariah. Beliau balik daripada Al Azhar membuka sekolah rendah Islam di Kg Gajah dan mendidik masyarakat setempat dengan agama.

Saya banyak berbincang dengan almarhum mengenai perjalanan tarbiyah di Perak dan Pusat. almarhum istiqamah dan tidak pernah jemu-jemu menjalankan program tarbiyah sejak daripada belajar di al Azhar lagi. Semoga sahabatku bahagia di sana.

Datuk Ustaz Idris Haji Ahmad.

========================================
https://www.facebook.com/alfaqir.ustazmokhtar/posts/pfbid0M4HYsAFNfJHCZJN4wJgcgE6kotsmoh8uoqCCbBH1t8mxq78XSt7YdpJuJSzA7g4ql

Menerima berita yg menyedihkan. Pilu rasa hati dengan pemergian Ustaz Mustafa Sa'ari. Walaupum kami tinggal berjauhan. Namun ikatan ruh dan persahabatan antara kami tidak pernah putus.

Kami sama2 belajar di Pondok Pasir Tumboh sekitar tahun 80an sebelum masing2 keluar dari malaysia membawa haluan pengajian.ketika di P.Tumboh beliau adalah rakan study group saya. Kami bertiga je pun. Seorg lagi ialah mahmud India ( juga sudah meninggal dunia). Kelas muzakarah kami bertiga bermula jam 12 mlm. Selepas semua kelas dgn Tuan Guru selesai. Kelas muzakarah kami bermula jam 12 hingga azan subuh. Begitulah program kami hampir 2 tahun. 

Subjek yg kami bincang ialah Nahu ( ibnu Aqil dan Kawaakib), usul Fiqh dan soraf. Untuk tahan mengantuk kami akan masak kopi kelat dicampur dengan akar bakawali. Memang pahit..tapi cukup power untuk tahan mengantuk. Buktinya bila masuk subuh kami akan ikuti pula kelas2 tuanguru sepanjang hari, kecuali tidur sat waktu qoilulah.

Selepas P.Tumboh Ust Mustafa terus ke Mesir dan saya ke Pakistan dan makkah. Sepulang ke malaysia kami terus aktif dlm parti. Jawatan terakhir beliu ialah Tim. Pesuruhjaya PAS Perak. Program saya bersama beliau yg terakhir ialah forum as saabiqun perak di Teluk Intan. Namun beliau tidak hadir kerana keuzuran.

Teman ku. Kini engkau telah pergi. Berihat lah sahabat ku dari kelelahan dunia ini. Aku tetap akan merindui mu dan akan ku kirim setangkai fatihah setiap hari untukmu insyallah.

Aku masih disini tapi entah berapa lama lagi.

UMS

========================================

Allahuakbar.. 
Sayunya rasa hati kami teringatkan pertemuan kali pertama dan kali terakhir bersama Murabbi kami dalam Liqa' Fikri Pemuda PAS Perak, 26 Mac 2022 (Sabtu) di Chenderong Balai, Perak yang lalu secara hibrid

Tiada yang lebih indah saat bersama sahabat² dalam program² tarbiyah ditambah pula ilmu yang dikongsi pimpinan jemaah dengan penuh keikhlasan sebagai penguat kepada perjuangan Islam, InsyaAllah

Moga kita dapat mencontohi Almarhum dan sama² amalkan ilmu yang diperturun kepada kita semua agar pahala jariahnya juga berkekalan, Amin

AL-FATIHAH buat Almarhum Tuan Guru Ustaz Mustafa bin Shaari

#PemudaPASPerak
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan

https://facebook.com/100047255570898/posts/517178626533985/
1 day ago
RM 30
Anonymous
1 day ago
RM 50
Anonymous
1 day ago
RM 30
Anonymous
5 days ago
RM 10
Anonymous
1 week ago
RM 30
Anonymous