...
...
...

BANTUAN BELI ALATAN CHILD CP STANDING FRAME UNTUK ANAK ISTIMEWA

RM 137 of RM 2,500
32 Days
9+
Total Backers
RM 137
Total Collected
MOHD HASBIRAFII

Assalamualaikum /salam sejahtera

Saya adalah bapa kepada anak istimewa saya Anas Mikail yang mengidap (Celebral Palsy) Fizikal tidak boleh berjalan sejak lahir dan perkembangan tak seiring dengan umurnya.. Anas mendapat rawatan susulan doctor di HTTA dan UIA setiap minggu dan perkembangan Anas ade peningkatan dari segi respon, pendengaran dan bertutur walaupan tak sama dengan kanak-kanak yang lain..tapi saya bersyukur dengan perubahan Anas, dari segi kaki anas sebelum ni doctor cadangkan buat pembedahan betul saraf di bawah paha dah betis yang kos dibantu oleh JKM.kami setuju untuk kebaikan Anas.kaki anas bersimen lebih kurang 2 bulan  setelah buang simen kaki anas nampak boleh tegak sedikit tapi tak sepenuhnya memandang kes pkp COVID19 bermula temujanji atau Rawatan susulan Anas tidak dapat diteruskan kami menunggu arahan doctor untuk rawatan seterusnya tapi takde respon memandang waktu itu kes covid cepat merebak kami memahami,

Selepas 3 Bulan kaki anas kembali bengkok macam Asal..setelah jumpa doctor doc mencadangkan utk pembedahan kali kedua yang menelan kos rm2700 dengan bantuan kawan dan MUIZ.kami setuju selepas pembedahan kali kedua kaki anas nampak tegak tapi kepala lutut tak mencapai 100% (lock berdiri) selepas itu Anas di bagi temujanji rawatan susulan / rawatan fisioterapi untuk memastikan perkembangan Anas semakin baik sebab Doctor bagitahu Anas ada potensi boleh berjalan macam kanak-kanak Normal yang lain.demi menjaga kedudukan kaki anas setelah pembedahan doctor cadangkan memohon bantuan dari badan kebajikan MUIZ untuk beli wheelchair untuk memudahkan pergerakan Anas.Alhamdulilah permohonan diterima dan kami dapat wheelchair itu yang sepenuhnya di bawah bantuan muiz .

kini anas masuk umur 6 tahun dan kaki boleh ditegakkan tapi bukan sepenuhnya juga memerlukan alat bantuan celebral palsy standing frame sebagai latihan Fisioterapi di rumah berjumlah rm2500..Semakin banyak latihan Fisioterapi semakin cerah harapan Anas untu boleh berjalan.

saya mengalami kesukaran memandangkan bantuan ni perlu di usahakan sendiri dan juga saya hanya berkerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap.jadi saya memohon dari sahabat2 semua bantu saya cukupkan dana untuk belikan alat cp  standing frame untuk kebaikan Anas DI masa hadapan. semoga dengan bantuan ikhlas dari sahabat semua dengan izin ALLAH S.W.T anas boleh berjalan seperti kanak-kanak normal yang Lain..AAMIIN..

sekiranya dana dah cukup saya beli alat tersebut dan insyallah akan update dalam jomdonate.

Terima Kasih jasahabat /perderma joimdonate yang Ikhlas hati bantu saya. semoga diberkati oleh ALLAH S.W.T

3 days ago
RM 100
Anonymous
2 weeks ago
RM 5
Anonymous
3 weeks ago
RM 5
Anonymous
3 weeks ago
RM 10
Anonymous
4 weeks ago
RM 3
Anonymous