...

TAJAAN PROGRAM PEMBANGUNAN REMAJA ISLAM (PROGRES)

RM 150 of RM 100,000
Open Campaign
12+
Total Backers
RM 150
Total Collected
TEROKA

TAJAAN PROGRAM PEMBANGUNAN REMAJA ISLAM (PROGRES)


TEROKA RESOURCES sedang dalam usaha menjayakan Program Pembangunan Remaja Islam (PROGRES) yang memberi fokus kepada golongan remaja khususnya dari golongan keluarga asnaf, yang kurang berkemampuan di sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur dan Selangor).


Antara objektif program ini, termasuklah:

1. Melahirkan insan yang bertaqwa melalui program perincian seperti smart ibadah dan pintar al-Quran.

2. Melahiran insan yang berkualiti dan berintegriti melalui program pembangunan modal insan serta jati diri.

3. Melahirkan insan yang berkemahiran tinggi serta berdaya maju melalui projek kolaborasi bersama pelbagai institusi kemahiran tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

4. Memberi peluang serta pendedahan kepada golongan asnaf serta mereka yang kurang berkemampuan untuk menempatkan diri dalam kursus-kursus kemahiran yang juga disertakan dengan kefahaman ilmu agama dan nilai jati diri.


Perlaksanaan program ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut modul-modul yang telah disusun bersesuaian dengan tahap umur serta keadaan peserta.

Pun begitu, untuk menjayakan program ini kami sangat memerlukan sokongan dari semua pihak samada dengan bantuan tenaga kerja, motivasi diri ataupun yang terpenting adalah sumbangan/tajaan program. Ini kerana keperluan sumbangan/tajaan adalah menjadi keutamaan dalam memperolehi keperluan-keperluan bagi menjayakan program yang dianjurkan ini.

Justeru, pihak kami dengan rendah hati memohon jasa baik pihak Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk bersama-sama dengan kami dengan memberi tajaan atau sumbangan wang ringgit dalam usaha menjayakan program ini.

Semoga dengan usaha murni kita semua dalam membantu golongan asnaf yang sangat memerlukan pendedahan ilmu agama, pembanguan nilai jati diri dan penerapan ilmu kemahiran insaniah bakal meraih ganjaran dari Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

3 days ago
RM 10
Anonymous
4 days ago
RM 10
Anonymous
4 days ago
RM 2
Anonymous
4 days ago
RM 20
Anonymous
4 days ago
RM 10
Anonymous