...

Infaq For Mahasiswa

RM 468 of RM 10,000
Open Campaign
31+
Total Backers
RM 468
Total Collected
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya

Kekurangan penempatan di kolej kediaman kini menjadi isu dikalangan mahasiswa. Rentetan itu, ramai yang terpaksa berulang-alik daripada rumah sewa ke fakulti, dan menampung kos sara yang sangat tinggi, serta terpaksa mengikat perut kerana kekurangan wang perbelanjaan.


Bukan itu sahaja, kebolehpasaran mahasiswa juga semakin menipis akibat kurangnya ruang dan peluang bagi mengikuti kursus kemahiran insaniah yang penting terutamanya dalam dunia kerjaya. Akibatnya mereka terpaksa berhadapan dengan saingan yang tinggi diperingkat universiti awam, dan meneruskan kelangsungan hidup diluar kampus.


Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam (KMUM API) amat mengutamakan isu kebajikan, dan akademik serta kebolehpasaran mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM). Justeru, kami berhasrat untuk menggerakkan beberapa inisiatif dan program bertujuan untuk menghimpunkan segala bentuk bantuan yang boleh disumbangkan kepada mahasiswa, terutamanya dari sudut kebajikan, akademik, pembudayaan ilmu, dan kebolehpasaran; seperti bekalan makanan kering, bantuan berbentuk one-off dan bengkel-bengkel kemahiran.


Disamping dapat menampung beban sara hidup tinggi yang ditanggung mahasiswa, program ini juga mampu mengasah minda dan kemahiran baharu dalam kalangan mahasiswa sebagai persediaan selepas menamatkan pengajian.


Daripada Riwayat Bukhari:

كُلُّ مَعْرُوْفٍ صَدَقَةٌ

"Setiap kebaikan adalah sedekah".

Semoga segala kebaikan dikurniakan ganjaran berpanjangan dan menjadi pembakar semangat bagi membantu lebih ramai insan yang memerlukan.


3 hours ago
RM 10
Anonymous
7 hours ago
RM 30
Anonymous
9 hours ago
RM 10
Anonymous
9 hours ago
RM 5
Anonymous
9 hours ago
RM 10
Anonymous