...

KEJOHANAN RAGBI PEMBANGUNAN U12 LA SALLE 10s 2022

RM 5 of RM 2,500
Open Campaign
1+
Total Backers
RM 5
Total Collected
MOHD ZULFAHMI

Pengenalan:

Sukan ragbi merupakan satu permainan yang sangat sinonim dengan Sekolah Kebangsaan La Salle, PJ dan sukan ini telah dipilih sebagai niche area dalam program pembangunan sukan sekolah dan kesinambungannya diteruskan semasa mereka di sekolah menengah.

Atas tanggungjawab ini, Persatuan Kelab Ragbi Rimau sekolah yang terdiri daripada jurulatih serta guru penasihat, dengan sokongan penuh Guru Besar telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kejohanan ragbi jemputan ZAKARIA CUP 10s LA SALLE PJ (EDISI PERTAMA).

Matlamat:

Dasar sukan negara adalah satu dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi Sukan Prestasi Tinggi dan Sukan Untuk Semua dan digubal berlandaskan atas rasional yang mana segala kegiatan itu adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan yang di usahakan oleh kerajaan terhadap seluruh rakyat. Ianya juga diharapkan dapat menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan prestasi pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan di sekolah-sekolah.

Tarikh dan Tempat:

10 Disember 2022 (Sabtu), bertempat di Padang Ragbi SMK La Salle, Petaling Jaya.


Anggaran Perbelanjaan:


Bil

Item

Kuantiti

Harga seunit

Kos keseluruhan

1

Banner Kejohanan

1

RM160

RM160

2

Bola Ragbi Kejohanan

3

RM50

RM150

3

Piala Pusingan

2

RM120

RM240

4

Medal

120

RM9

RM1080

5

Ambulans

1

RM550

RM550

6

Pengadil

4

RM80

RM320

 

 

JUMLAH

 

RM2500

 

Penutup:

Kelab Ragbi Sekolah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya amat berharap permohonan ini mendapat sokongan dan bantuan dana daripada semua pihak dalam menjayakan kejohanan julung kalinya ini dan seterusnya dapat meransang bakat dan potensi pelajar dan membina keyakinan diri dalam aktiviti yang dilakukan. 

1 week ago
RM 5
Anonymous