...

Infaq Pek Makanan di Mekah & Madinah Bersama Simply Umrah 2.0

RM 3,828 of RM 250,000
Open Campaign
122+
Total Backers
RM 3,828
Total Collected
Admin

โ€œSesungguhnya orang yang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.โ€ HR Thabrani 

Negara kita merupakan antara negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan. Di Malaysia, semua jenis makanan boleh didapati sama ada makanan tempatan mahupun makanan dari luar negara. Namun pernah tak kita terfikir saudara kita yang kesusahan disana hanya menjamu ala kadar, ada juga yang tak makan langsung kerana tiada pendapatan yang cukup untuk membeli makanan. Mereka hanya minum air sahaja.

Jadi kami membuka peluang untuk anda menjana pahala hanya dengan berinfaqkan pek makanan di Mekah dan Madinah serendah RM10. Walaupun kita hanya sedekah setakat yang kita mampu, tapi ketahuilah setiap wang sumbangan yang kita hulurkan walaupun sedikit ia tetap mengalir pahala dalam akaun bank akhirat kita. Insyaallah.

Janji Allah dalam Al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit ๐Ÿ๐ŸŽ ๐ค๐š๐ฅ๐ข ๐ ๐š๐ง๐๐š pahala manakala paling banyak adalah ๐Ÿ•๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ค๐š๐ฅ๐ข ๐ ๐š๐ง๐๐š

Kempen Infaq Pek Makanan di Mekah & Madinah ini bermula hari ini sehingga kempen ini berjaya mencapai kutipan yang ditetapkan iaitu RM250,000 untuk membantu mereka yang memerlukan. Harga untuk ๐๐ž๐ค ๐๐š๐ฌ๐ข adalah ๐‘๐Œ๐Ÿ๐ŸŽ manakala harga untuk ๐๐ž๐ค ๐‘๐จ๐ญ๐ข adalah ๐‘๐Œ๐Ÿ๐ŸŽ.

Nabi Muhammad SAW Bersabda, โ€œBarang siapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.โ€ (HR. Thabrani)

Semoga jasa baik para dermawan akan dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dan semoga kita semua menjadi salah satu tetamu Allah untuk menunaikan ibadat Haji & Umrah Insyaallah.


1 year ago
RM 50
Anonymous
1 year ago
RM 10
Anonymous
1 year ago
RM 5
Anonymous
1 year ago
RM 10
Anonymous
1 year ago
RM 10
Anonymous