...

Wakaf Pembinaan Kompleks Tahfiz & Sains Islam

RM 1,953 of RM 100,000
Open Campaign
2+
Total Backers
RM 1,953
Total Collected
Admin

Assalamualaikum wbt,

Tabung Wakaf PERKACH dilancarkan bagi pembinaan Kompleks Pendidikan Tahfiz dan Sains Islam sebagai pendidikan terulung dan dinamik yang akan di bina di Kampung Bako, Kuching, Sarawak. Kompleks Pendidikan Pertubuhan Kebajikan Islam Kuching (PERKACH) ini untuk dimanfaatkan oleh golongan anak-anak muallaf yang terabai oleh kedua ibu bapa dan anak-anak yatim.

Oleh itu, golongan berwakaf akan gembira kerana dapat menunaikan tanggungjawab membantu golongan tidak bernasib baik, manakala golongan menerima manfaat daripada amalan itu pula berasa mendapat pembelaan daripada saudara Islam lain.

Terdapat dua jenis harta untuk tujuan wakaf, harta kekal dan harta alih:

Harta kekal - hartanah, bangunan dan sebagainya
Harta alih - wakaf tunai, saham dan sukuk.
Terdapat pelbagai pendapat ulama mengenai harta alih, antaranya pelaksanaan adalah secara bersyarat iaitu menerusi istibdal (penggantian)

Contohnya, istibdal harta alih seperti wang tunai kepada barang tetap iaitu dalam bentuk bangunan atau pembelian tanah.
ANTARA dalil disyariatkan berwakaf dalam Islam:

* Surah al-Baqarah, ayat 261:

“Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

* Sabda Rasulullah SAW:

“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapanya.” - Riwayat Muslim

Wakaf Pembinaan Kompleks Pendidikan Islam PERKACH

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim berkatilah dan rahmatilah kepada mereka2 yang telah melaburkan sebahagian harta demi ISLAM sama ada dengan amalan sedekah, berinfaq,berwakaf dan berzakat melalui masjid yang mulia ini..Begitu juga kepada mereka yang menggunakan titik peluh mereka semata2 demi untuk memakmurkan masjid ini sama ada siang atau malam..Ameen ya Razzaq..Ameen ya mujib..ameen Ya Allah...ini kerana mereka hendak menzahirkan berdirinya IMAN yang ada didalam hati mereka semata2 kepada hadrat MU Ya Rahim....terimalah segala amalan soleh mereka..

Justeru Ya Allah Ya Razzaq..Suburkan dan tambahkan harta2 mereka tanpa henti yang didatangkan dengan tanpa disangka2 dan dijangka dengan suluhan SIFAT ENGKAU YANG MAHA BERSIFAT RAHMAN DAN AR-RAHIM...mudah2kan amalan/pahalanya terus mengalir dengan kekal selama2nya yang menjadi cahaya menerangi alam barzakh buat selama-lamanya.
 


2 weeks ago
RM 10
User - Norita
2 weeks ago
RM 30
User - NOR FAZIHAN BINTI MOHD SHAMSUDDIN