Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) merupakan persatuan
mahasiswa yang berpusat di Jordan dan bertanggungjawab untuk
memastikan keperluan ahli PERMAI dapat dipenuhi dengan baik. Keperluan tersebut meliputi aspek pengurusan hal ehwal kebajikan mahasiswa, rangkaan program-program berunsurkan ilmiah,
pembudayaan ilmu, kerohanian dan kepimpinan merupakan tugas PERMAI
yang perlu dilaksanakan sebagai salah satu cara bagi membentuk warga PERMAI
yang cakna dan aktif dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu.
Namun begitu, kewangan yang diperoleh PERMAI adalah terhad dan hanya mampu dibelanjakan ke arah pergerakan bulanan persatuan seperti
pengurusan aktiviti, pengurusan PERMAI,
mesyuarat dan kecemasan. Kebanyakan aset PERMAI yang telah uzur juga perlu diganti dan diperbaiki menjadikan kewangan yang lebih diperlukan untuk kos pembelian aset yang berkaitan. Tambahan pula, nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang tidak stabil secara tidak langsung menjejaskan bajet kewangan PERMAI khususnya dan mahasiswa amnya. Selain itu, faktor pertambahan ahli yang meningkat pada sesi kemasukan lepas juga memberi kesan yang besar kepada pengurusan kewangan PERMAI sesi kali ini.
Program-program yang dirangka hanya dapat dijalankan mengikut kemampuan kewangan yang sedia ada. Hakikatnya,
terdapat pelbagai lagi program ilmiah dan kelas akademik yang sepatutnya
boleh dijalankan jika persatuan mempunyai kewangan dan aset yang
mencukupi dan kondusif.
Oleh itu, kami menubuhkan kempen ini sebagai salah satu medium dalam membantu kewangan PERMAI agar hal ehwal ahli PERMAI dapat dijaga dengan
lebih baik sekaligus membekalkan mereka dengan aktiviti-aktiviti ilmiah
yang dijalankan demi membina generasi yang cemerlang dari segenap
aspek.
Segala sumbangan yang dihulurkan kami dahulukan dengan ucapan terima
kasih dan semoga Allah S.W.T
membalas jasa tersebut dengan sebaik-baik ganjaran.