...

Infak dan Amal Jariah Pembinaan Surau SK Bukit Jelutong

RM 423 of RM 250
Open Campaign
2+
Total Backers
RM 423
Total Collected
Admin

Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong merupakan sebuah sekolah rendah Berprestasi Tinggi yang terletak di No.6, Jalan Serambi U8/21,Seksyen U8, Shah Alam, Selangor. Sekolah ini mempunyai dua sesi iaitu pagi dan petang. Jumlah keseluruhan pelajar ialah sebanyak 2004 orang murid untuk sesi tahun 2017 dan majoriti nya beragama Islam.

Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat yang kondusif dan selesa pada warga SK Bukit Jelutong. Perkara ini telah dibincangkan bersama pihak PIBG SK Bukit Jelutong dan telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk membina surau sekolah yang baru.

Buat masa sekarang, surau hanyalah dua bilik darjah yang diubahsuai dan tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai.

 

 

Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup pelajar Islam di sekolah ini. Kewujudannya juga akan menarik dan mengalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk dan membina akhlak yang baik.

Beberapa aktiviti telah dilakukan sebelum ini oleh pihak PIBG SK Bukit Jelutong untuk mengumpul dana pembinaan surau ini namun ianya belum mencukupi untuk memulakan projek. Pihak sekolah memerlukan sekitar RM250,000.00 untuk memulakan urusan pemulaan projek dan kelulusan. Anggaran keseluruhan kos adalah RM770,000.00. Oleh yang demikian pihak PIBG SK Bukit Jelutong amat berharap agar usaha murni mendapat perhatian dan sumbangan amal jariah daripada orang ramai.

 

Cadangan tapak pembinaan Surau SK Bukit Jelutong

 

Pelan dan 3D perspektif bagi cadangan bangunan Surau SK Bukit Jelutong adalah seperti berikut :

 

Marilah kita sama-sama menyumbang dan beramal jariah kepada pembangunan surau baru ini agar anak-anak dapat menuntut ilmu dan beramal dalam keadaan sempurna. Sesungguhnya sumbangan kecil kita ini adalah sesuatu yang sangat besar dan bermakna kepada anak-anak yang masih kecil ini.

 

 

 

Semoga sumbangan dan sedekah jariah kita ini diredhoi dan dipandang ALLAH TA’ALA dengan pandangan RahmatNYA serta dianugerahi kita dengan ganjaran rezeki berlipat ganda dan sentiasa dipelihara di dunia dan akhirat.

2 years ago
RM 421
User - JOMDONATE
3 years ago
RM 2
Anonymous