Assalamualaikum semua para penderma. Saya Jurinah ingin memohon sedikit sumbangan dari anda semua untuk membantu saya membayar bil perubatan hospital. Saya mengalami komplikasi jantung dan paru-paru (saluran pernafasan lemah). Yang dipanggil OSA (OBSTRUCTIVE SLEEP APNEA) Oksigen didalam badan dibawah paras normal 80-85%. Aktiviti harian dibantu dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan. Disebabkan oleh kedaan kesihatan saya, saya hilang punca pendapatan (kerja sendiri - tiada caruman PERKESO) dari 2021 sehingga kini.
Dari tahun 2021 saya terpaksa menggunakan mesin bipap untuk membantu paru-paru dan jantung berfungsi dengan baik semasa tidur dan oksigen cepat drop. Air sehari 500ml dan saya kena makan ubat buang air bagi mengelakkan air berlebihan dalam badan. Saya juga terpaksa pakai pampers pakai buang.
Sehingga kini, keadaan saya tidak mengizinkan untuk bekerja. Saya juga merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah. Saya perlu untuk dibantu dari segi kewangan untuk membiayai kos-kos perubatan dan menyara hidup keluarga. Saya lampirkan juga bukti temujanji dari Doctor di gambar kempen saya Insyaallah. Saya harap ada yang sudi membantu saya untuk mendapatkan dana untuk terus menyara hidup dan kedua orang anak saya. Terima kasih pada yang sudi menderma di kempen saya.