...

Bantu aku kembalikan keluarga kecilku bersama anak Kanser leukemia 2.0

RM 20 of RM 15,000
28 Days
2+
Total Backers
RM 20
Total Collected
Roziealimi

Saya ibu tunggal memiliki 3 orang anak dan menjaga seorang ibu .. ketika di bulan ogos ditahun 2023 anak yang paling kecil berumur 6 tahun demam on off hingga bulan september klimaks seluruh badan  mulai naik lebam yang terbit darah dan saya terus bawa dia ke hospital dan dia di hantar terus ke wad .. hasil ujian darah dan air tulang belakang doktor telah mengesahkan anak saya kanser darah ia itu kanser leukemia serta organ hati dan limpa membengkak .. hampir 3 bulan saya terpaksa menjaga anak saya diwad .. kerana setiap darah dan kimo yang diberi perlu ada kebenaran dan tanda tangan penjaga. Saya diberhentikan kerja ,saya tidak mampu bayar sewa rumah dan anak-anak juga aku terpaksa berhenti sekolah ..saya terpaksa pajak kereta saya , saya tiada tempat berteduh .. saya hilang segalanya kerana saya lah yang tanggung keluarga menjaga dan bertanggungjawab keatas ibu dan anak-anak saya ..ketiga-tiga mereka saya terpaksa tumpangkan mereka dirumah adik perempuan saya sementara .. walaupun ruang rumah flat yang kecil dan penuh dengan kucing .. tapi untuk anak saya yang kanser ia sangat tidak baik untuk dia menetap disitu ... kerana mudah untuk dijangkiti kuman kerana CVL ... baru- baru ini anak saya boleh keluar sementara dari wad kerana untuk berehat seketika sebelum protokol kimo seterusnya dimulakan ..di sebabkan tiada tempat tinggal kami berdua terpaksa tidur didalam kereta dan apabila siang kami berdua akan kerumah adik perempuan saya untuk makan ,mandi, dan tengok ibu dan anak -anak saya yang lain .. Saya juga sudah memohon bantuan pada parlimen dan adun .. berkali-kali saya pergi ke pejabat mereka .. sangat sedih bila mereka tidak nampak kesusahan saya dengan keadaan dan status saya sebagai ibu tunggal perlu lalui semua ini sendiri ... saya hanya ingin minta sedikit bantuan untuk perbetulkan dan pulih kan keluarga kecil saya .. dan bulan mac kereta saya perlu ditebus sebanyak RM 4000 Saya takut tidak mampu untuk tebus semula .sedangkan kereta itu adalah pemberian ibu saya untuk saya mencari nafkah untuk menjaga mereka dan hanya itu satu-satunya yang saya ada ..saya mengharap bantuan semua .. untuk saya berdiri semula dari semua ini ..🙏😭 saya menerima tidak kira betapa kecil pun nilainya tetapi pada saya sangat besar bila kamu semua melihat dan berjuang bersama saya.

1 year ago
RM 10
Anonymous
1 year ago
RM 10
Anonymous