PERTARUNGAN BESAR DALAM TUBUH KECIL - ADIK FAHIM: HYDROCEPHALUS & ANEURYSM
Sejak 4 bulan lalu, adik Muhammad Fahim sedang bertarung dalam tubuh kecilnya. Dilahirkan dalam keadaan normal dan sihat, namun ketika berusia 4 bulan, dia telah disahkan mengidap "hydrocephalus" yang berpunca dari "vein aneurysm" dalam otak.
"Vein of Galen Aneurysm" merupakan penyakit yang sangat "rare". Antara komplikasinya ialah "atrial septal defect" dan lemah imuniti badan. Dalam tempoh 3 bulan saja, sudah 6 kali dimasukkan ke dalam wad kerana "recurrent pneumonia"
Ibunya, Siti Fatimah, yang dahulu seorang guru Al-Quran, terpaksa bercuti tanpa gaji. Pendapatan bapanya, Mohd Adli, yang bekerja dalam industri gig juga terjejas kerana terpaksa berulang-alik dari hospital untuk rawatan adik Fahim.
Kini, keluarga adik Fahim sedang bertarung untuk mendapatkan keperluan asas. Sumbangan seikhlas hati Tuan/Puan amatlah dihargai bagi meringankan beban yang ditanggung. Sekian terima kasih.
Untuk mengikuti kisah adik Fahim, boleh layari Tiktok: adlyma8892