ِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
اَلسَّلامُ عَلَيْكُم
Selamat Berpuasa semua umat islam yang singgah ke Jomdonate dan selamat beramal..Saya Al.. ibu tunggal kepada 3 orang nyawa dunia dan akhirat saya..Dan Aisy yg paling kecil yang menghidapi kanser Leukemia stage 3,Lumpuh sebelah muka dan juga saraf penglihatan dia juga bermasalah dan sememangnya sangat2 sukar dia melihat dengan jelas disebbkan kanser..saya tidak mampu untuk buat cermin mata untuk Aisy kerana sangat mahal..Dia berumur 7 tahun , anak yg sangat aktif ,caring walaupun umur sgt2 kecil percayalah dia anak yg sgt matang..Dia tidak pernah rasa kasih bapa..kerana dari dia kandungan 5 bln saya berpisah ..aisy hanya menumpang kasih pd pakciknya dan juga abah saya ..aisy dan atok sgt2 rapat ,cucu kesayangn🙂 dan sebelum aisy disahkan kanser luekemia,10 bulan sebelum itu abah saya meninggal kerana kanser yang sama😢 KANSER LUEKEMIA ... dan segalanya berubah selepas Dia ditahan diwad hampir 3bln pada bulan 9 tahun 2023 .. dan sy kehilangan kerja, tempat tinggal dan sy terpaksa pajak kereta untuk kelangsungan bil wad dan kelansungan hidup..perbelanjaan diwad.. ketika itu sy tumpangkan lg 2 anak saya dan juga ibu saya yg sy jaga dirumah adik..360 darjah segalanya hilang.. saya cuba mohon bantuan pada ADUN dan PARLIMEN untuk Tempat tinggal.. dan juga bantuan on off tp sangat menyedih pada saya..ibarat pengemis..sya mohon untuk sy berniaga kecil2 lan dulu memandangkan sy tidak boleh berkerja kerana setiap kali aisy chimo adakal seminggu dua semestunya diwad.. dan setiap ubat chimo,darah yg masuk perlu ad signature penjaga..dan Aisy bertebuk dada CVL jd sememgnya perlu penjagaan..
Saya kerap delay chimo aisy adakala 2 minggu.. kerana kewangan.. setiap kali untuk ke daycare ..chimo sy terpaksa meminjam kesana sini smp 1 tahap sy dihina.. dan iman yang bertahan sebesar hama lg hilang dengan cubaan bunuh diri..saya benar2 letih apa yang perlu saya harung semua dipundak saya..hanya Allah yang tahu. Smp hari ini .. Hingga doc beri peringatan tahap kesihatan Aisy menurun dari peratus kesembuhan 75 sudah turun ke 60% kerana terlalu kerap saya delaykan chimo Aisy..ada 1 waktu hampir 2 minggu dari tarikh septt aisy chimo.. sy tidak admit.. Aisy demam sehingga suhu hanpir 40...mujur Aisy kuat..Begitu juga anak lelaki saya yg ke 2Bayangkan ketika ini saya masih tidak dapat sekolahkan anak saya berumur 8 tahun darjah 2 sedangkan anak² org lain sudah bersekolah. Klau tanya bantuan saya dapat Rm 1000 jkm dan zakat hanya itulah duit untuk sy kongsikan bayar sewa rumah pd adik..dan duit itulah jugalah untuk saya bayar duit pajak car setiap bulan 400 selana 6 bln...kerna tidak mampu juga menebus kereta yg dipajak yg kontrak tamat 21 march 2024 sy terpaksa hide kereta saya dari diambil dan membuat sy susah untk bergerak..tak mungkin sy lepas kerana hanya itu satunya lagi harta yg ad..saya bersyukur kerana aisy kuat..tidak perly berpamper keperluan hanya Susu dan makanan kesihatan tambahan kerana dia mula hilang selera makan..jd susu aisy prediasure 1 tin RM109 adakala x smp 2 minggu.. dan pemakanan kesihatan perlu.
Saya disini Merendahkan diri sebagai Ibu yang tak berdaya memohon bantuan untuk saya perbetulkan kewangan keluarga , untuk kembalikan keluarga kecil sy bersama,dan paling keutamaa saya adalah rawatan aisy dan keperluan aisy..saya dah tak mampu untuk berpura2 kuat sekali pn.. saya nak anak Saya aisy sehat seperti dulu...dapat bersekolah, bermain sama mcm kanak2 lain..saya juga mahu anak kedua sy bersekolah..seperti anak2 lain....saya boleh hadapi sebesar ape dan seberat ape pun diberi bila tidak melibat kan kewangan...saya dah tak daya dan tidak tahu dari mana sy perlu mula..sy dah cuba mohon mana yg perlu..saya tidak mahu hanya tidak kemampuan sy untk rawat aisy sy akan kehilangan dia😭😭🙏 saya belum bersedia..Jadi sekali lagi saya dengan rendah diri memohon bantuan Tuan/puan tidak kira sekecil apepun nilai..sangat syukur pd saya dan keluarga kecil saya..bantulah saya untuk bangun dan berjuang dengan SESUNGGUHNYA SAYA SUDAH TIDAK MAMPU. SGT2 ... Tahun ini pun sy hanya fikir kelengkapan anak² dan ibu saya raya nanti..saya sudah tidak ada pa,dan untuk diri saya..kebahagian ,kegembiraan ibu dan anak²lah kebahagiqn sy.. kerana saya Hidup kini kerana ALLAH,IBU,IBU,IBU dan anak². 😭🙏🙏
Dan saya juga berterima kasih pd yang sudi memberi saya ,ibu dan anak² sentiasa mendoakan urusan yang membantu kami dipermudahkan dab juga diberi kesihatan yang baik ..rezeki yang lancari..supaya mampu ibu² tunggal sepeti saya dan juga anak² kanser sepeti aisy...aaminnn..