...
...
...

Sedekah Pembangunan Pendidikan Asnaf, Anak Yatim & Tahfiz - Syazana

RM 207 of RM 3,000
Open Campaign
13+
Total Backers
RM 207
Total Collected
NOOR SYAZANA

DALAM HARTA KITA, ADA HAK ORANG LAIN JUGA

”Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya ) lagi Maha Mengetahui”. (Surah a-Baqarah : 261)

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, jom kita sama-sama ambil peluang dan ruang untuk infaq dan taja pembangunan pendidikan berbentuk program motivasi, sahsiah dan pembangunan diri serta buku-buku bermanfaat untuk anak-anak asnaf, anak-anak yatim dan juga pelajar-pelajar tahfiz. Kita nak rebut keistimewaan infaq dan taja anak-anak yatim ni, khususnya.

Rasulullah SAW bersabda, "Aku dan orang yang menanggung anak yatim adalah seperti ini di Syurga." Baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengah. (Riwayat al-Bukhari) 

Pembangunan pendidikan ini penting bagi memastikan mereka tidak tercicir dan sentiasa rasa ada yang kisah pasal diri mereka lagi. Tanpa pelajaran, tanpa ilmu, manusia tak ada nilai. Kempen ini akan bermula hari ini, sehingga berjaya capai sasaran kempen untuk fasa 1, iaitu RM3,000 untuk dimanfaatkan kepada mereka yang memerlukan. 

Jom? Seorang RM1 pun boleh.

Semuanya kita nak manfaatkan untuk pembangunan pendidikan anak-anak asnaf, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz seluruh Malaysia, insya-Allah. Semoga setiap sumbangan yang diberikan, mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat sentiasa.

Moga secebis usaha ini, termasuk dalam mizan hasanat kita bersama. 

5 months ago
RM 10
Anonymous
5 months ago
RM 10
Anonymous
5 months ago
RM 2
Anonymous
5 months ago
RM 10
Anonymous
5 months ago
RM 10
Anonymous