Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Encik/Puan/Cik,
Kami seramai 12 orang pelajar dari Tahun 3 Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya akan menganjurkan sebuah program "Kembara Ilmiah di Bumi Bandung" yang akan dilaksanakan pada 17 April 2020 hingga 25 April 2020 di Universiti Islam Negeri Sunan Gunung Djati, Bandung, Indonesia.
Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan sebuah program kursus jangka masa pendek (outbound) yang berobjektifkan seperti berikut :
Mengeratkan silaturrahim bersama pelajar di UIN Sunan Gunung Djati dengan mengenal dengan lebih rapat kehidupan masyarakat terutamanya penduduk di Bandung, Indonesia.
Keseluruhan perbelanjaan kami adalah sebanyak RM22,600.
Berikut adalah anggaran kewangan kami sepanjang program tersebut :
Turut dilampirkan di sini, surat persetujuan dari pihak UIN Sunan Gunung Djati, Bandung Indonesia.
Oleh itu, kami ingin memohon sumbangan ikhlas daripada pihak Tan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Encik/Puan/Cik bagi membantu sedikit sebanyak program kami.
Segala budi baik dan sumbangan yang diberikan inshaallah akan membawa manfaat kepada kami dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Allah.
Jazakumullah khairan kathira. Terima kasih.