Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya,Mohd Khairi Bin Zamrut ingin memohon sumbangn dana untuk pembedahan anak lelaki saya Putera Muhammad Harraz Amrullah.Anak saya berumur 8 bulan.Dia menghidap jantung berlubang sejak berumur 21 hari.Pada ketika itu lubang dijantungnya sebesar 3.5mm.Kini lubang itu makin membesar dan mencecah 7mm.Anak saya menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh,Pahang.Anak saya berjumpa doktor pakar setiap bulan.Tahap kesihatan anak saya sangat merisaukan,berat badan tidak naik,cepat penat dan mudah demam.Saya mengikut segala nasihat doktor seperti kuaratin anak dirumah,penjarakkan sosial daripada orang yang mempunyai simptom demam,batuk,selsema dan menjaga pemakanan beliau sehingga sekarang.Ini kerana anak saya antibodi badannya sangat lemah dan mudah berjangkit.Pada 21/9/2020 saya membawa anak saya ke Institut Jantung Negara disarankan oleh doktor pakar Hospital Sultan Haji Ahmd Shah Temerloh.Setelah menerima rawatan susulan disana,doktor mengesahkan jantung sebelah kiri berlubang 7mm dan semakin membesar.saluran jantung sebelah kiri berlubang dan menyebabkan jantung anak membengkak.Setelah selesai temuduga dengan pihak IJN,saya perlu membayar deposit RM5000.00 untuk kos pembedahan anak saya.Justeru saya berharap ada yang sudi membantu saya untuk mengumpul dana bagi meringankan sedikit beban kewangan saya...dan tolong doakan putera saya dipermudahkan segala urusan..amin amin amin...terima kasih semua.