...

Android TAB untuk pelajar yang tidak bernasib baik

RM 41 of RM 155,000
Open Campaign
4+
Total Backers
RM 41
Total Collected
Admin

Assalamu'alaikum.

 

Terima kasih pada yang sudi membaca kempen saya ini. Saya cuba ringkaskan dan "straight forward" dalam penulisan saya ini.

 

Pada yang kita semua telah maklum, seluruh negara sedang melanda krisis wabak Covid-19, tidak terlepas juga negara kita ini. Dalam pada masa yang sama, banyak juga sumbangan yang telah di diterima oleh pihak kerajaan dalam menangani isu pandemik ini.

 

Walaubagaimanapun, sumbangan yang diterima, masih tidak mencukupi dan tidak dapat untuk menampung semua keperluan rakyatnya. Ini termasuklah isu pelajar-pelajar yang tidak mampu untuk belajar secara online.

 

Walaupun kerajaan telah memberi akses internet secara percuma, sebahagian besar pelajar-pelajar tidak dapat menikmati kemudahan tersebut untuk sesi pembelajara  mereka. Ini disebabkan oleh faktor kewangan ibu bapa mereka yang tidak mengizinkan mereka untuk mempunyai peranti atau "gadget" yang sesuai bagi sesi pembelajaran mereka.

 

Saya telah melakukan beberapa kajian dan perbincangan bersama beberapa individu lain, dan kami bersepakat bahawa dengan penggunaan TAB android, pelajar-pelajar tersebut mampu untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka secara online kerana TAB android menyokong penggunaan kad sim dan wifi. Jadi, sedikit sebanyak mampu untuk membantu mereka yang tidak mampu untuk mempunyai gadget tersebut meneruska  pembelajaran mereka bagi mencapai cita-cita dan impian mereka. Di samping itu, kita juga dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa mereka secara tidak langsung.

 

Suka saya ingatkan bahawa pelajar-pelajar ini adalah bakal pemimpin negara kita. Jika pembelajaran mereka terhenti atau tersekat di tengah jalan, mampukah negara kita mempunyai pemimpin yang berdaya saing dan mempunyai kredibiliti yang tinggi?

Saya dan rakan-rakan ingin menyeru pada kalian yang mempunyai niat yang sama, untuk sama-sama membantu dalam merealisasikan kempen ini dan mempermudahkan urusan pelajar-pelajar tersebut untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka.

 

Saya yakin dan pasti sekiranya kita bantu dan mempermudahkan urusan orang lain, Allah S.W.T akan meluaskan pintu rezeki kita dan memudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat. Dan Allah S.W.T juga akan menjauhkan segala kesulitan untuk kita. InsyaAllah.

2 months ago
RM 10
User - Syaza Hani binti Sulaiman
2 months ago
RM 5
Anonymous
2 months ago
RM 10
User - Hamba Allah
3 months ago
RM 20
Anonymous