...

PEMBINAAN TANGKI AIR BETON KOMUNITI MUALLAF, PATAG, CEBU, FILIPINA.

RM 543 of RM 5,000
Open Campaign
16+
Total Backers
RM 543
Total Collected
Admin

TENTANG PENERIMA MANAFAAT:

Komuniti Muslim Masjid Madinah di San Remigio terdapat kira-kira 60-70 pelajar asnaf yang mana ibu bapa mereka adalah penduduk tempatan yang telah kembali kepada Islam beberapa tahun yang lalu.

Pada kunjungan kami bulan Februari tahun 2020 yang lalu, pengurus Komuniti Muslim Masjid Madinah telah membawa kami mengunjungi penerima manafaat bagi projek pam air ini iaitu penduduk Kampung Patag yang terletak kira-kira 5km dari Komuniti Muslim Masjid Madinah di San Remigio.

Jumlah penduduk kampung ini kira-kira 500 orang dan jumlah muslim ialah seramai 200 orang. Mereka kembali pada Islam pada bulan Januari tahun 2020.

Kami dimaklumkan telaga yang digunakan oleh seramai 60 buah keluarga di sini semakin mendap. Telaga ini digunakan oleh penduduk setempat untuk memcuci pakaian sahaja manakala untuk tujuan lain seperti masak dan minum, mereka akan membeli air di kedai. Hal ini kerana kedudukan Pulau Cebu yang berada di tengah lautan dan sistem saliran pulau keseluruhannyal dikelilingi oleh air laut.

 

 

 

 

 

 

 

 

Oleh kerana itu, air paip di pulau ini agak masin dan tidak sesuai untuk diminum. Sistem saliran di kampung ini sebenarnya wujud tetapi sentiasa bermasalah terutama untuk memyalurkan air ke rumah-rumah menyebabkan penduduk lebih suka membasuh baju di telaga sahaja.

 

PROJEK WAKAF PEMBINAAN TANGKI AIR KONKRIT:

Dari baki sumbangan untuk pemasangan pam air elektrik, mereka telah membina tangki air konkrit untuk dikongsikan oleh ramai orang. Kerana saluran yang ada sekarang hanya terdapat satu saluran sebagaimana yang dilihat pada gambar diatas.

Oleh itu, pembinaan tangki air konkrit ini akan memudahkan perkongsian ramai orang dengan memasang beberapa kepala paip untuk saluran air.

Namun begitu, dengan baki wang tersebut mereka hanya dapat membina 20% dari bahagian tangki air tersebut.

 

Menurut wakil kami disana, anggaran kos yang diperlukan untuk menyiapkan tangki air ini adalah RM5,000. Kos tersebut telah termasuk dengan kos upah tenaga kerja.

Tangki konkrit yang dibina isipadunya adalah dalam sekitar 700 galen air. Ia diperbuat daripada konkrit yang tahan. Mereka meletakkan batu bata di sekelilingnya dan dicantum dengan konkrit. Jadi asasnya akan menjadi kuat, kerana jika dia tidak kuat, airnya akan keluar menerusi dinding tangki tersebut. Tangki air ini juga penting kerana ianya berfungsi sebagai tangki simpanan air memandangkan kekerapan berlaku terputusnya bekalan elektrik disana. Dengan adanya tangki ini, mereka masih ada bekalan air untuk digunakan bagi perkara yang penting khasnya.

Dari sumber air ini, penerima manafaat juga boleh menyambung paip ke rumah mereka untuk digunakan. Kos tersebut mereka perlu keluarkan sendiri. Selain itu, mereka hanya perlu datang membawa baldi untuk menadah dan membawa balik bekalan air kerumah mereka sebanyak mana yang mereka mahukan.

Kami mensasarkan pengumpulan dana wakaf ini berjaya dikumpul secepat mungkin pada tahun ini (2020). Kami berharap para penderma mengambil kesempatan ini untuk ‘menyemai’ saham akhirat kita disana. In sha Allah, besarnya hikmah dan ganjaran mewakafkan sumber air dapat kita hayati menerusi hadith dibawah;

Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah,

“Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?”

Rasulullah S.A.W bersabda “Air…”

Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”

(Hadith Saad Riwayat Abu Daud)

 

1 week ago
RM 100
User - Sulaiman Bin Abd. Kadir
1 week ago
RM 5
User - Alyarham Abdul Aziz bin Abdul Hamid
1 week ago
RM 3
Anonymous
2 weeks ago
RM 10
User - Asmahaniy Yahaya
2 weeks ago
RM 20
User - syifa nasir