...

PENGORBANAN BESAR SEORANG IBU

RM 415 of RM 10,000
Open Campaign
14+
Total Backers
RM 415
Total Collected
Admin

Mengenali Puan Zaedah Binti Jali, beliau seorang yang berjiwa cekal dalam menempuh kehidupan hariannya dan peramah sepanjang menjalani rawatan hemodialisis di Yayasan Kebangsaan Buah Pinggang Malaysia. Anak kelahiran Banting, Selangor itu menjalani kehidupannya di situ sejak kecil. Puan Zaedah mempunyai empat cahaya mata dan dikurniakan seorang cucu lelaki dan seorang cucu perempuan pada usia 57 tahun. Anak-anaknya yang berumur dalam lingkungan 26 ke 33 tahun yang sudahpun bekerjaya dan berumah tangga mempunyai kehidupan mereka sendiri kecuali anak bongsunya.

Justeru itu, beliau menetap di Banting bersama anak bongsu dan ibunya. Walaupun kondisinya tidak mengizinkan beliau masih mampu memandu keretanya di kawasan berdekatan.

Walaubagaimanapun pergerakannya amat terhad sehingga beliau tidak berdaya untuk keluar rumah dalam jangka masa yang lama. Ini kerana, beliau harus mendapatkan rawatan hemodialisis 3 kali seminggu yang mengambil masa 4 jam setiap sesi. Oleh sebab itu, beliau sering kali berasa penat sehingga tidak mampu melakukan rutin hariannya seperti mengemas rumah.

Pada usia 37 tahun kedua-dua buah pinggangnya yang bertujuan untuk menapis bahan buangan berhenti berfungsi selepas melahirkan anak bongsunya.

Kehidupan mereka sekeluarga berubah sejak hari itu. Sebelum penyakitnya menimpa diri Puan Zaedah beliau sekeluarga ceria dan kini menjadi suram. Tambahan lagi apabila suaminya bertekad untuk meninggalkan beliau dan anak-anak. Alangkah peritnya melihat seorang ibu yang sakit membesarkan 4 orang anak sendirian. Meskipun terdapat penderma yang ingin menderma buah pinggang kepada Puan Zaedah, beliau tidak dapat menjalani pembedahan itu kerana badannya terlalu lemah. Justeru itu, beliau hanya mampu menjalani rawatan hemodialisis seumur hidupnya.

Dengan menerima suratan takdir sebagai seorang pesakit buah pinggang, beliau kini meluangkan masanya di rumah dengan beristirahat dan membaca Al-Quran. Beliau bersyukur dan reda kepada Tuhan ke atas ujian ini bagaimanapun beliau tetap gembira disamping keluarga.

Puan Zaedah berterima kasih kepada Yayasan Kebangsaan Buah Pinggang Malaysia kerana membantunya mengharungi cabaran sebagai pesakit buah pinggang sejak 1997. “Saya menghargai jasa NKF dan layanan baik daripada jururawat yang menjaga saya selama ini. Malah organisasi ini juga turut mengadakan majlis seperti Hari Keluarga untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pesakit dan jururawat.”


5 days ago
RM 10
Anonymous
1 week ago
RM 10
Anonymous
2 weeks ago
RM 5
Anonymous
2 weeks ago
RM 10
User - Siti Noraini Mohamed Kosim
2 weeks ago
RM 10
User - Aziahani