TABUNG DANA KEBAJIKAN


RM22.00
raised from RM100,000.00
0.02%
4 donors in 57 days

For any enquiries, please contact Jomdonate at enquiry@jomdonate.com or through Whatsapp at 011-1647 4788

Campaign started on 20-11-2020
by KELAB KOMUNITI JOM BANTU



Help us share this campaign with others

SEDIH BACA BERITA SEORANG LELAKI MENCURI SUSU FORMULA DI KEDAI RUNCIT.. 


Seringkali saya baca berita begini di media sosial. Memang terasa simpati dan empati menusuk-nusuk dada. Tak terungkap oleh kata-kata. 

Terlebih menyedihkan bila lelaki ini ditangkap polis dan dibawa ke balai. Saya terus teringat rakyat di bawah pemerintahan Umar Abdul Aziz, di mana tiada langsung rakyat yang berada di dalam kesusahan. 

Dan di zaman kita ini saya teruja dengan alternatif yang dijalankan oleh Ustaz Ebit Lew, mengadakan sebuah kedai runcit dengan barangan keperluan yang sangat murah dan juga ada disediakan sudut infaq khas untuk mereka yang memerlukan. 

Bila ada alternatif begini, orang susah dapat manfaat dan orang yang mampu akan berasa teruja untuk memberi infaq dan bersedekah di sudut yang disediakan. 

Begitulah hidup di dunia akhir zaman ini, lagi pula ekonomi negara yang tidak menentu punca rakyat yang tidak mampu mula bertindak di luar jangkaan untuk meneruskan kehidupan. 

Apa pula usaha kita? 

Setiap hari usahalah untuk bersedekah pada yang memerlukan. Kerana dengan sedekah kita itu, ada anak-anak yang kelaparan dapat makan dengan sedap, ada anak-anak yang boleh bersekolah dengan pakaian seragam yang elok. 
.
Dengan sedekah dan infaq inilah akan membantu kita juga di akhirat nanti. Bukan keuntungan itu pada mereka saja, juga pada diri kita. Kerana dengan sedekah dapat bantu kita terhindar dari api neraka. 


Jom sama-sama kita membantu memberi infaq dan sumbangan pada mereka yang terjejas akibat COVID-19, kepada keluarga mangsa bencana alam, golongan Fakir miskin yang memerlukan, golongan OKU dan seumpamanya. 

Tujuan utama dana ini adalah untuk barangan keperluan, kecemasan perubatan dan usaha kemanusiaan. 

Kami NGO di sini hanya ingin membantu dan menggalakkan anda juga turut sama membantu mereka yang memerlukan ini.

Dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.” 

(HR Muslim : No 4689)

KLIK Button "DERMA SEKARANG / DONATE NOW" untuk menyumbang.
"Seikhlas Hati Yang Menghulur"



Your Comments

RM22.00
raised from RM100,000.00
0.02%
4 donors in 57 days

For any enquiries, please contact Jomdonate at enquiry@jomdonate.com or through Whatsapp at 011-1647 4788

Campaign started on 20-11-2020
by KELAB KOMUNITI JOM BANTU



Recent Donations 4

 
RM1.00
.
1 week ago
RM10.00
NA
"semoga dipermudahkan segala urusan"
1 week ago
RM1.00
.
4 weeks ago
RM10.00
Hamba Allah
6 weeks ago