Soalan Umum


Mulakan Kempen

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

JomDonate memudahkan anda untuk mendapatkan dana atau sumbangan yang anda perlukan. Hanya beberapa minit, anda boleh menyesuaikan kempen dan berkongsi dengan orang di sekeliling.

Hayatilah

Dengan JomDonate, dana atau sumbangan ini akan terus kepada anda. Melalui proses yang ada, kami menjamin ketelusan setiap kempen – dari penyumbang kepada penerima sumbangan. Silakan hubungi kami, kami akan melayan anda sepantasnya.

 

SUMBANGAN APA YANG SAYA BOLEH DAPATKAN?

JomDonate adalah platform untuk anda mendapatkan sumbangan pada diri anda sendiri, organisasi atau yang tersayang pada saat-saat yang diperlukan. Pilihlah kategori anda seperti Institusi Muslim, Kesihatan, Bencana Alam & Tragedi, Pendidikan, Perkahwinan, NGO dan Sukarelawan. Jika tiada, pilih lain-lain.

Kami akan sentiasa terus melihat keunikan kempen anda agar anda boleh mendapatkan sumbangan. Kebarangkalian adalah tidak terhad!

 

ADAKAH IA SELAMAT?

Kempen anda di JomDonate sentiasa diutamakan. Keselamatan dan ketelusan adalah keutamaan kami. Kita menggunakan kaedah terbaik untuk keselamat pembayaran yang anda lakukan mengikut encryption technology. Bukan sekadar itu, sumbangan anda selamat sehingga anda sendiri sedia untuk mengeluarkannya!

 

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN SUMBANGAN SAYA?

Apabila kempen anda mula menerima sumbangan online. Setelah tempoh tamat, anda boleh mengeluarkan sumbangan tersebut terus ke akaun anda, tertakluk kepada terma dan syarat.

 

BERAPA LAMA TEMPOH PENGELUARAN?

iasanya pengeluaran boleh dilakukan pada tempoh 3 hari bekerja. Bagi mengelakkan masalah teknikal, kita meletakkan maksimum sebanyak 7 hari bekerja.

 

BOLEHKAH SAYA MENCARI SUMBANGAN UNTUK RAKAN ATAU YANG TERSAYANG?

Pastinya! JomDonate sedaya upaya memudahkan anda. Anda boleh memantau kempen sumbangan sepenuhnya. Log In. JomDonate tetap menghargai usaha anda. JomDonate akan memaparkan anda sebagai penaja kempen.

 

ADAKAH WUJUD CAJ?

JomDonate menyediakan platform ini secara percuma kepada anda dan anda bebas berkongsi dengan orang lain. JomDonate hanya akan mengambil sedikit yuran iaitu 5.5% dari setiap sumbangan yang diterima. Oleh kerana yuran itu dipotong secara automatik, anda tidak perlu bimbang tentang bil yang perlu dibayar kepada kami.

Selain itu, yuran transaksi payment gateway juga akan dikenakan mengikut caj semasa. Buat masa ini caj, dari payment gateway (iPay) adalah RM0.60 atau 3.04%, mana yang lebih tinggi. 

Bagi pengeluaran pembayaran kepada penerima sumbangan (disbursement to donee), kempen yang telah tamat tempoh tidak akan dicaj bagi sekali pembayaran. Pembayaran kedua dan seterusnya akan di caj RM1. Pengeluaran sebelum tempoh kempen tamat juga akan di caj RM1.

 

ADAKAH PENYUMBANG AKAN DICAJ?


Tidak sama sekali! 

 

ADAKAH TEMPOH HAD KEMPEN WUJUD?

Ya. Anda Cuma perlu menetapkan sasaran kempen. Jika sekiranya telah tamat tempoh, kempen boleh dimulai kembali dengan isi kandungan sama. Kempen anda akan terus berada di sini sehingga anda memilih untuk berhentikan sumbangan atau menutup kempen. Walaubagaimanapun, rekod anda akan terus dipaparkan dan kejayaan anda akan menjadi motivasi kepada orang lain.

 

BAGAIMANA JIKA SASARAN KEMPEN TIDAK BERJAYA?

Tiada masalah. Dengan JomDonate, anda tetapi memperoleh berapapun sumbangan yang diterima. Mencapai sasaran bukan satu keperluan.

 

BAGAIMANA SAYA AKAN MENGETAHUI SEKIRANYA ADA SESEORANG MEMBERI SUMBANGAN?

Anda akan menerima emel setiap kali sumbangan diterima di JomDonate

 

ADAKAH PERLU SAYA MENGGUNAKAN NAMA SEBENAR?

Ya sudah pasti. JomDonate adalah platform yang mementingkan integriti dan ketelusan. Ada beberapa proses yang perlu disemak. Walaubagaimanapun, anda boleh memilih untuk ‘hide’ kempen dari disenarai dalam website utama JomDonate ketika proses pendaftaran kempen.

 

BOLEHKAH SAYA PASTIKAN KEMPEN SAYA ADALAH ‘PRIVATE’?

Umumnya, tiada jalan untuk memastikan kempen anda ‘100% private’. Ia akan dipaparkan dalam laman sesawang kami. Lagipun, sekiranya kempen ini tidak tersebar, maka kebarangkalian untuk mencapai sasaran adalah sedikit.

 

SIAPA AKAN MENYUMBANG KEPADA KEMPEN ANDA?

Kempen anda akan disokong oleh orang disekeliling anda! Ia termasuk rakan, keluarga, yang tersayang, rakan sekerja, rakan sekelas dan semua di dalam ‘circle’ anda sendiri. Mereka pula akan menarik orang lain juga untuk menyokong dan membantu anda sehingga tiada had yang khusus.

 

BAGAIMANA JIKA SAYA TIDAK SELESA BERKONGSI KEMPEN INI KEPADA RAKAN DAN KELUARGA?

Berkongsi kempen dengan rakan dan keluarga adalah kunci utama kepada sistem JomDonate. Bukan hanya mereka menyumbang, tetapi mereka juga akan berkongsi dengan rakan dan keluarga mereka yang lain. Ia akan terus berkembang. Bagaimana untuk memulakan sesuatu kepada orang yang tidak dikenali?

 

ADAKAH SAYA PERLU MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK?

Ia tidaklah satu kewajipan, tetapi menghubungkan akaun anda dengan Facebook adalah amat digalakkan. Bahkan, ia menjadikan kempen anda sangat mudah!

 

Menerima Sumbangan

DARI MANA BOLEH DAPAT PENYUMBANG?

JomDonate boleh menerima mana-mana sumbangan dari seluruh negara. Pembayaran online akan melalui iPay© yang mensyaratkan pemindahan dari akaun bank di Malaysia. Kadar tukaran mata-wang akan ditentukan oleh payment gateway sekiranya penerimaan asal dalam matawang asing. Pembayaran Kad kredit dan paypal belum boleh diterima setakat ini. Kami sedang berusaha agar capaian ini sehingga ke seluruh dunia.

 

NEGARA APAKAH YANG TERLIBAT?

Buat masa ini, operasi penerimaan sumbangan hanya kepada mereka yang mempunyai akaun di Malaysia sahaja.

 

ADAKAH PENYUMBANG AKAN DIKENAKAN CAJ?

Tidak sama sekali.  

 

BOLEHKAH SUMBANGAN DIBERIKAN MELALUI SMARTPHONE?


Sudah pasti. Mobile version JomDonate sedia menerima sumbangan anda. Jika anda berkempen, ia semua maklumat akan tetap dipaparkan sama seperti website penuh.

 

BOLEHKAH PENERIMA SUMBANGAN MENGETAHUI SIAPA PENYUMBANG?

Tidak boleh. Mereka dilindungi undang-undang. Walaupun begitu, JomDonate reserve right terhadap semua maklumat penyumbang bagi tujuan pemantauan dan rekod. Semua maklumat tersebut adalah sulit dan tertakluk kepada PDPA 2010.  

 

ADAKAH TERDAPAT PERLEPASAN CUKAI TERHADAP SUMBANGAN?


JomDonate sendiri tidak mempunyai sebarang hak perlepasan cukai. Ada sesetengah penerima sumbangan mendapat hak perlepasan cukai (seperti NGO berdaftar). Itu tertakluk kepada pihak NGO itu sendiri. Kami sedang berusaha ke arah membantu penyumbang. 

 

APAKAH PERANAN JOMDONATE DALAM KEMPEN?

JomDonate adalah penyedia kepada platform kempen anda. Kami membantu anda menyiapkan laporan sumbangan dan statistik berkaitan kempen. Ia memudahkan organisasi anda menyusun akaun dengan tersusun dan telus.

 

Membina Kempen yang Berjaya

APAKAH RAHSIA KEMPEN YANG BERJAYA?

Jika anda sedang mengumpul dana untuk melakukan sesuatu yang anda percaya anda boleh melakukannya, ramai orang di luar sana bersungguh untuk menyokong anda. JomDonate memberikan anda platform di mana anda boleh berkongsi impian mahupun cerita dengan keluarga, rakan, orang yang tersayang dan juga sesiapa sahaja. Setiap kempen mengumpul dana disyorkan berkongsi melalui akaun “Facebook”. Anda boleh mengoptimumkan penggunaan Facebook anda untuk mencapai hasrat anda dengan cara “upload” Foto mahupun video dan terangkan secara jelas mengapa anda memerlukan dana.

 

BOLEHKAH SAYA MENGUMPUL DANA UNTUK APA-APA PUN?

Kempen mengumpul dana melalui JomDonate tertakluk kepada kategori-kategori yang telah ditetapkan sahaja. Kategori-kategorinya adalah seperti berikut:

  1. Institusi Islam
  2. Pendidikan
  3. Keagamaan
  4. Perkahwinan
  5. Bencana Alam & Tragedi
  6. Kekeluargaan
  7. Sukarelawan dan NGO
  8. Sukan

Walaubagaimanapun bagi individu, anda perlu melalui proses verifikasi pihak kami untuk menentukan kesahihan kempen anda.

 

BAGAIMANA SAYA MAHU BERKONGSI KEMPEN SAYA?

Setiap kempen melalui JomDonate disertakan “unique link” bagi tujuan perkongsian kempen anda kepada orang di luar sana. Perkongsian kempen melalui JomDonate amat mudah dimana ianaya mengoptimumkan penggunaan email dan Facebook.

 

ADAKAH JOMDONATE MEMBANTU SAYA UNTUK MENDAPATKAN LIPUTAN MEDIA?

Cara terbaik untuk mendapatkan perhatian dari pihak media dengan memastikan pihak media tertarik dengan cerita anda. Umum mengetahui pihak media memang dahagakan berita-berita menarik lebih-lebih lagi melibatkan kemanusiaan. Apabila cerita anda mendapat perhatian, JomDonate akan menghubungkan anda.

 

BAGAIMANA SAYA MAHU MENGHANTAR NOTA TERIMA KASIH?

Ciri-ciri yang ditawarkan oleh JomDonate membolehkan anda mengucapkan terima kasih secara digital dengan hanya mengklik butang terima kasih.

 

BOLEHKAH SAYA MENGEKSPORT MAKLUMAT-MAKLUMAT PENDERMA?

Boleh jika penderma membenarkan maklumatnya dikongsi. Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (2010).

 

BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN ALAMAT SURAT-MENYURAT PENDERMA?

Boleh jika penderma membenarkan maklumatnya dikongsi. Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (2010).

 

Soalan Lain

BILAKAH KEMPEN SAYA AKAN DIPAPARKAN DI JOMDONATE?

Bilamana kempen anda telah lengkap, rakan-rakan dan keluarga dengan segera boleh membuat carian di JomDonate di Direktori Carian. Sesiapa sahaja yang mempunyai link anda boleh akses kepadanya.

 

BAGAIMANA SAYA TAHU YANG IANYA SELAMAT UNTUK MENDERMA KEPADA SESEORANG?

Dengan sekelian ramai yang berkempen untuk mengumpul dana, pihak JomDonate sedaya upaya memastikan setiap kempen yang dimasukkan melaui JomDonate melalui tapisan – tapisan agar ianya tidak bertentangan dengan undang – undang Malaysia dan sesiapa sahaja boleh melapurkan kepada JomDonate jika ada sesuatu “fraud” dikenal pasti. Pihak JomDonate ingin menegaskan kepada setiap pengunjung dan para dermawan agar menderma kepada pihak yang dikenali dan dipercayai,

 

ADAKAH JOMDONATE MEMPUNYAI MOBILEAPP?

Buat masa ini masih belum ada dan ianya sentiasa menjadi keutamaan JomDonate agar boleh dengan pengunjung, dermawan dan pengumpul dana di mana-mana sahaja.

 

MENGAPAKAH JOMDONATE PERLU MELETAKKAN CAJ?

JomDonate mempunyai belanja overhead sama seperti penyedia internet yang lain dan ini termasuklah belanja seperti pembayaran kepada “gateway”, bayaran gaji kepada staf-staf yang berdedikasi. Walau bagaimanapun, setiap kempen yang dikendalikan melalui JomDonate tidak dikenakan sebarang bayaran.

 

ADAKAH HANYA PENGUMPUL DANA YANG TIDAK BERMOTIFKAN KEUNTUNGAN SAHAJA MENGGUNAKAN PLATFORM INI?

Tidak semestinya, sesiapa sahaja boleh mengumpul dana secara online menggunakan JomDonate. Anda juga boleh mengumpul dana bagi pihak orang lain dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan asalkan anda mewakili NGO atau mana-mana agensi. JomDonate direka untuk menghubungkan setiap kempen kepada para dermawan di luar sana.