Terma dan Syarat Untuk Pemohon Derma dan Penderma


Polisi Privasi dan Maklumat Sulit

  1. JomDonate mempunyai hak (reserves the right) untuk menggunakan semua data dan maklumat peribadi penyumbang untuk tujuan berkaitan JomDonate.
  2. JomDonate mempunyai hak untuk mendedahkan data personal dan maklumat peribadi sekiranya kami dengan suci hati mempercayai bahawa tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi prosiding undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang terhadap pihak kami.
  3. JomDonate mempunyai hak dan boleh mendedahkan data personal dan maklumat peribadi sekiranya berlakunya keadaan penggabungan, pengambilalihan, penstrukturan, kebankrupan atau mana-mana prosiding berkaitan.
  4. JomDonate tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecurian data dari sistem JomDonate.

 

Ingatan bagi Penerima Sumbangan

  1. Penerima sumbangan dan pengguna adalah bertanggungjawab untuk untuk memastikan maklumat yang diberi adalah benar.
  2. Sekiranyanya penerima sumbangan mengemukakan maklumat salah dan tidak lengkap, pihak JomDonate berhak memohon penyumbang mengemukakan maklumat tambahan atau membatalkan sumbangan.
  3. JomDonate akan mengenakan caj dan yuran yang termaktub sahaja. Sebarang kemasikini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
  4. JomDonate akan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya pihak JomDonate mengesan sebarang penipuan.
  5. Data personal dalam JomDonate adalah sebagaimana yang ditafsirkan oleh Personal Data and Protection Act 2010 (PDPA 2010) Malaysia.

 

Penderma

  1. Bagi penyumbang dan pengguna kurang dari 18 tahun, sila dapatkan nasihat dari ibubapa atau penjaga sebelum memberikan kami data personal.
  2. JomDonate tidak akan bertanggungjawab sekiranya penerima sumbangan menyalahgunakan sumbangan tersebut sekiranya ia telah dipindahkan ke akaun terbabit. Jika ada unsur penipuan dan pelanggaran undang-undang, pihak JomDonate akan melaporkan kepada pihak berkuasa.
  3. Jika penyumbang membuat sumbangan, JomDonate memiliki hak untuk mendapatkan maklumat selanjutnya sekiranya perlu.
  4. Dengan pendaftaran dan sumbangan oleh penyumbang, penyumbang dianggap telah bersetuju dengan semua syarat yang berkaitan.
  5. Sebarang perubahan kepada syarat dan terma berkaitan adalah tertakluk sepenuhnya kepada JomDonate. Semua pihak akan dimaklumkan bagi sebarang perubahan.